Thursday, 28 May 2020

Its Easier

Assalamualaikum

just another session
aku baru sedar sesuatu

cakap senang lah
atau dalam Bahasa Inngerisnya
Its easier

Its easier to say
 syukur selalu, syukur seadanya
bila semuanya ada
orang post makan sedap-sedap
caption syukur seadanya
well bila semua ada
senang untuk kita ucapkan kata kesyukuran
dan memang kita kena bersyukur pun
melampau la kan makan sedap tapi tak bersyukur
kalau tak ada
kalau kekurangan 
adakah kita akan still cakap syukur seadanya
atau attitude kita suddenly lain

Its easier to say
aku hormat je orang kerja McD
orang kerja Aeon, kerja cleaner ke whatever
bila kita sendiri kerja yang oklaaa
bukan kerja bagus sangat pun tapi oklaaa
macam mana kalau
kita tiba-tiba takda kerja
and kerja yang ada ialah kerja retail macam tu
adakah kita boleh buat
atau suddenly kerja tu not up to our standard
atau pun bila pasangan kita yang takda kerja
dan kerja yang ada kerja yang macam tu
adakah kita akan kata ok je kerja tu
atau suddenly rasa macam
pasangan kita tak mampu nak menampung hidup
atau suddenly rasa kena makan pasir

Its easier tu say things 
when everything is good
but when things goes bad
that's when we know 

sekian

Sunday, 3 May 2020

But why

Assalamualaikum

macam yang aku cakap dalam post lepas
aku sekarang tengah dilema nak beli phone baru
since 2018 lagi kot tak decide sampai sekarang
susah untuk aku decide
sebab sampai sekarang tak ada phone yang aku berkenan
macam lah aku tak nak beli phone dah lepas ni
nak beli yang perfect terus 
tapi setiap phone yang ada sekarang 
mesti ada something yang aku tak suka
sama ada kamera ke
battery life ke
screen ke
performance ke

until one day
aku fikir kalau nak all in one yang bagus memang susahlah kan
so apa kata kalua beli seperately
dan aku pun tengok kamera
gila apa
aku bukan selalu ambik gambar pun
tapi aku nanti nak ada baby nak ambik gambar banyak banyak

once aku dah start searching tuu
tahu tahu je la
nak itu nak ini
tapi tu lah
of course lah wife aku tak bagi kan

so 
itulah dilema aku sekarang ni
nak spend untuk phone all in one ke
nak beli phone+kamera separately with the same amount of money

sekian

Saturday, 2 May 2020

Lets Talk About Work

Assalamualaikum

awas rant panjang
currently
aku sangat stress dengan kerja
hence the rant

aku tak tahu lah kenapa
aku hilang fokus
I messed up so bad
semua benda yang aku buat semua tak jadi
semua alat yang aku guna
rosak

aku tak tahu lah
is it something yang aku boleh control
is it aku lalai
ataupun aku hilang passion
atau pun aku sress sampai aku distracted
atau pun sebab dah biasa dengan masa pkp ni kerja sikit
yang penting bukan sengaja lah kan

anyway
just nak cakap
up until now
aku dah kerja
chemist dekat kilang
lepas kerja sebulan aku pindah
chemist yang buat sale
sebab ada offer kerja kat jobor and gaji lebih tinggi
well siapa yang tak nak kan
kerja dekat dengan rumah dengan gaji lebih tinggi

then aku sambung belajar
sambil sambil tu aku ajar kat tusyen
sebab aku tengok ramai kenalan aku sambung master
and aku macam apa benda lah yang korang nak sambung sangat master ni
and one of the kenalan aku tu dah jadi wife aku dah 
lol ngorat junior
then aku kerja chemist dalam lab testing
since dah habis master kan

kalau aku nak ranking kan pengalaman aku ni
somehow
ajar tusyen ni kerja yang paling fulfilling bagi aku
tak tahu kenapa rasa seronok je
mungkin sebab aku rasa macam
ala tusyen je pun
kalau aku messed up pun ni just supplementary je
main point dia kat sekolah
tapi aku still buat betul-betul
dan aku seronok ajar tusyen
ada je budak yang memang kat sekolah tak boleh buat apa
dan memang mengharapkan tusyen ni
and alhamdulillah la kan
dari D boleh pergi B+
bukan sebab aku pun
aku still rasa I have something to do with it la kan

second
kerja chemist dekat kilang
mungkin sebab aku kerja kat kilang tu tak lama
so aku tak rasa lagi bosan asik buat benda sama je
tapi aku still seronok
mungkin sebab my first job
mostly kerja kat situ buat benda sama je
kena make sure semua ok so that operation part tak ada masalah
and aku pun tak stay lama sangat
untuk aku messed up kat sana
so aku pun tak tahu pressure dia macam mana
tapi ada je lah dengar cerita
hence kerja kat situ make my second best job yang aku pernah buat

third
kerja yang aku buat sekarang
aku boleh cakap kerja ni macam buat benda sama je
mostly lab testing untuk makanan pharmaceutical and so on
tapi sampel yang macam-macam lah
aku kerja sini dah nak 2 tahun dah
and macam-macam lah aku dah messed up kat sini
to a point aku rasa macam nak resign
bila aku cerita kat orang
ramai je yang cakap rilek la
biasa la buat salah
tapi aku still rasa bertanggungjawab
rasa macam kena resign
macam culture orang jepun tu
bila buat salah then take the responsibility and resign
and kerja kat sini kene kerah habis habisan
seriously kerja private sector ni
memang kena kerah macam nak buat jus

lastly
kerja yang paling aku kurang gemar
sepanjang pengalaman bekerja aku ialah
buat sales
memang tak masuk dengan aku
buat sales ni macam tak ada sop pun
tak ada satu resipi yang kalau kita buat
kita ikut then sale masuk
buat sale ni kena pandai-pandai lah
dan tengok rezeki
aku dah cuba buat kerja ni setahun setengah
and sale yang aku dapat 2 je yang betul-betul aku cari
yang lain-lain tu sale yang orang suruh aku handle je
aku rasa macam useless sepanjang setahun setengah aku kerja

anyway
aku kena bersyukur lah
itu peluang yang diberi dalam hidup aku
itu yang membina diri aku selama ni
sekarang aku tahu lah
aku ni suka yang mana tak suka yang mana
tapi tulah
nak mengajar ni
kalau ajar tusyen je memang gaji kecik je lah
nak jadi lecturer kene sambung phd pulak
aku nak ke lalu zaman-zaman buat research tu lagi

anyway
itu sahaja lah kot
btw blog ni ada sentuhan baru lah
terus tak pandai guna
sekian