Saturday, 28 December 2013

Moody

Assalamualaikum

setelah sekian lama
aku nk update sikit
blog ialah tempat untuk aku bermoody
ok sekian



Thursday, 18 July 2013

Buat Rumah Pecah Rumah

Assalamualaikum

memandangkan dah banyak sangat post yang merepek dalam blog ni
so kali ni ape kate kita letak makne skit untuk post kali ni
dan yang paling penting
tanak merepek
merepek sikit
tajuk makne kita hari ni ialah
buat rumah pecah rumah
macam lagu senario

Sempena bulan ramadan ni
kita lihat ramai orang jadi baik
or at least boleh nampak la someone tu berubah skit

tapi jangan la kita jadi macam orang yang tak berapa nak betul
buat rumah lepas tu pecah rumah
sebab
mudahnya merosakkan dari membina
mencemarkan dari memulia
tak menghirau dari mengendah
ceewah
lagu elyana tu


anyway..
apa yang aku nak cakap ialah
time2 bulan puasa ni memang dah elok dah
pergi masjid
zikir banyak2
baca quran banyak2
lepas tu
keluaq masjid
carut carut carut carut carut carut carut carut carut carut carut
atau pun
ngumpat ngumpat ngumpat ngumpat ngumpat ngumpat

pegi masjid doa banyak2
mintak diajuhkan dari api neraka
keluaq masjid terus g cari api
ibarat dia macam kita mandi
lepas mandi g main lumpur
lepas tu mandi balik
lepas tu main lumpur balik
haaa gitu

ok cukup la tu
post kali ni
sekadar nak tunggu time nak buka je ni sebenarnya
haha

akhir kata
bersempena bulan ramadan ni
mari la kita sama2
errmmmm
tade idea nak sambung ayat tu
but you get the point right??
you tu sape

ok sekian 
selamat berbuka
assalamualaikum

Tuesday, 18 June 2013

Kerja gila sikit

Assalamualaikum

pernah tak 
kita rasa stress sangat
then sampai satu tahap
kita wat keje gila sikit
then esoknya 
kita macam
what have I done!!!

ok benda ni jadi 2jam lepas
aaahhhh
segan gila kot!!!!!

ok sekian
8jam lagi untuk viva

Monday, 17 June 2013

My last 72 hours in UKM

Assalamualaikum

aku tawu time2 macam ni
aku sepatutnya study
dah la esok ade viva
lusa ade lagi 1 paper
dan paper tadi tak boleh jawab!!!!

tapi aku nak ambik masa sikit
nak habaq kat hangpa sume
tepat jam 12 mlm nanti
aku tinggal lagi 72 jam je lagi kat ukm ni
hahaha
at least itu ikut perancangan aku la
tapi perancangan Allah sape tahu kan

Rasa macam tanak tidoq je
nak spend the last 72 hours ni dengan something
main dota?

Benda paling sedih bila akram cakap kat aku
weh hang kalau tak cari sekarang
hang nak cari bila
kalau nak cari time kerja nanti
ofkos la kebanyakannye dah kawen

wei sedih wei!!!
hahaha

ok sekian 
aku nak tidoq..
Assalamualaikum

..Tacing sikit..

Assalamualaikum

ni baqu habih paper kimia organologam dan biotakorganik
satu subjek yang menggabungkan 2 bahagian dalam kimia
sebab kalau buat pisah2 nanti tak dan nak grad 3 taon

then
esok viva
then 
esok last paper....!!!!

so time2 macam ni
dengaq lagu pasal teman-teman
perpisahan or what soever
sangat tacing ok
haha

anyway
sekarang ni aku dengaq lagu peterpan
semua tentang kita 
ok tacing
tapi yang penting aku rasa macam nak 
belajaq main gitar lagu nih je..
haha

1 lagu pun tak dan nak perabih
lepas ni nak grad dah
tak leh pinjam gitar orang
kene beli gitar sendiri la cam ni
haaaiiisshh
so many things to do
sooooooo little time
habis 3 taon duk ukm ni..

ok sekian sahaja untuk kali ni
assalamualaikum

Sunday, 16 June 2013

Bedtime story

Assalamualaikum

memandangkan aku dah pening kepala
so aku decide aku nak tidoq
tapi takleh tidoq
esok exam 
nervous gilak!!

so ape kata kalau aku bagi bedtime story sikit
nama citer ni
"Azam si pengembala kambing"
kenapa azam

Anyway
Azam ni die seorang pengembala kambing
hari-hari die bawak kambing die pergi makan
sambil tunggu kambing die makan
die pun kira kambing-kambing dia

1 ekor
2 ekor
3 ekor
4 ekor
5 ekor
6 ekor
7 ekor

ZZZZZzzzzzZZZzzZZZZ

dah tidoq belum??
kalau belum tidoq sambung kira

8 ekor
9 ekor 
10 ekor
11 ekor
12 ekor

baik aku zikir ke selawat ke lagi baguih..!!!

ok la
selamat malam
Assalamualaikum

esok kejut aku pukul 3.30 pagi..
aku nak study..!!
ni boleh buat pantun nih.




gambar sekadar hiasan
nak tidoq pun senyum selalu..!!

Tuesday, 11 June 2013

Sense of smell

Assalamualaikum

aku just nak cakap
aku rasa deria bau aku ni kuat jugak
tade la kuat sangat
tapi 
kadang-kadang bila aku bau baju orang 
aku boleh tawu die basuh baju guna sabun ape
kadang-kadang bila somone baru lepas mandi 
aku boleh tawu die guna sabun ape
kadang-kadang bila amri baru lepas polish bola boling die
aku boleh tawu dia baru polish bola
kadang-kadang bila amri baru sapu ubat
aku boleh tawu die baru sapu ubat

haha
cukup mukadimah
actually aku nak cakap
kopi aku bawu sabun!!!

sekian..

Monday, 3 June 2013

Twilight Punya Pasal

Assalamualikum

baru-baru ni
mumtaz cakap kat aku
dia baru tengok citer twilight breaking dawn part 2
die kate citer tu best la jugak
Im not a twilight fan
tapi mumtaz cakap best
so aku pun tengok la
aku rase cite tu
ok laa

dan cerita twilight ni memang banyak pun troll yang orang buat
boleh je google


anyway
lepas tengok citer ni
aku tengok the making of twilight kat youtube ni
then aku jumpa video ni
haha


pempuan tu cakap
die suka dengar lagu taylor swift
and lagu yang die selalu dengar mase tu lagu red
red red red red red red red red
then I was like
dah lame gile tak update ngan taylor swift ni
aku pun donlot la lagu red ni
then I was like
red red red red red red red red 

in the end 
aku end up donlot 1 album red ni
tapi aku suka lagu 
red red red red red red red red 
haha
tak boleh berhenti..!!

anyway
twilight punya pasal jugak
aku pun jadi nak belajaq main gitar lagu
a thousand years
haha

ok sekian
nampak tak tade keje ni
haha

Assalamualaikum

Wednesday, 15 May 2013

Just a thought

Assalamualaikum

sebelum tidoq nih
pikir jap
ape kita akan buat 
bila kita dapat tahu 
yang kawan kita
sebenarnya tak percaya kat kita
atau 
sebenarnya kawan kita
annoyed dengan kita

well
there's only one thing to do
main gitar!!
nyanyi lagu somebody that I used to know
hahaha

actually
nak cakap
aku tengah belajaq main gitar
lagu 1st yg aku belajaq lagu tu laa
hahaha

ok assalamualaikum

Friday, 26 April 2013

lagi 4 minggu

Assalamualaikum

ok aku dah habis tengok citer love rain
and sekarang ni aku tengah sedih
haha

tapi 
aku dah tekad
aku ade lagi 4 minggu sebelum sem ni habis
so
lets create some happy memories ok
aku tanak sedih-sedih buat masa sekarang

walaupun keadaan sekarang sangat complicated
tapi cuba tersenyum ok
walaupun keadaan sekarang sangat stress
tapi cuba untuk luangkan masa bersama kawan-kawan ok
walaupun ada gaduh-gaduh
tapi cuba untuk berbaik ok

ok sekian

Tuesday, 23 April 2013

Tade Air Lagi

Assalamualaikum

sekarang ni tade air lagi
ok for the record
3 tahun aku kat UKM ni
3 tahun tu jugak la pernah ada krisis air macam ni
kalau sehari dua tu takpe
ini berhari-hari
pening kepala aku
tiap hari kejenye cari air je
dan yang paling geramnye
aku pelik betul
dalam krisis air macam ni pun
ade jugak orang macam tak ambik kisah langsung
ade ke dia boleh g basuh baju time-time tade air ni
adoilaaaa
memang tak boleh hold sangat ke nak basuh baju tu
kalau tak basuh baju nanti akan bogel sepanjang hari ke
memang dah tade baju lain ke
ni mula la nak stress ni
okok
tarik nafas jap

anyway
aku dah tengok citer love rain tu sampai episod 11 sekarang
and masuk episod 12 nanti baru nak ade krisis nak gaduh-gaduh
biasalah citer korea kan
tapi
benda-benda cam ni la yang aku malas ni
bile tengok citer korea je
mula la nak feeling terlebih ni
aku lemah betul la bila feeling terlebih ni
takut pun ade jugak
takut nanti aku tak boleh nak kawal diri
tiba-tiba terluah rasa isi hati
pada si dia bernama...............
ok I talked too much

ok sambung balik topik air
so bila tade air ni
aku pun takut nak g makan
sebab nanti kang nak membuang 1 keje pulak nak cari air
haha

anyway
setakat itu je la kali ni
aku nak sambung tengok citer love rain
dalam kepala aku nak habis kan je citer ni
then nanti tade la nak feeling-feeling ni
ade lagi 9 episod nak tengok ni
tapi keje banyak gile tak siap lagi ni
ok 1 episod then buat keje ok

Assalamualaikum


Friday, 19 April 2013

Balik rumah

Assalamualaikum

sekarang ni aku kat rumah
bila ingat-ingat balik
aku rase untuk sem ni 
ni 1st aku balik rumah
balik kejap je
just for the weekend
bila pikir-pikir balik 
lepas ni bila lagi aku nak balik rumah
lepas ni dah nak final exam pulak
habis final 20 jun
then 24 jun dah start LI 
kat kepong
habis LI 30 ogos
then da grad
then.....
aku pun tak tahu lepas tu ape.

anyway
Prof aku dah bagi komen da kat draf tesis aku
haha
aku tak tahu kenapa
tapi rasa macam seronok gila
haha
tak tahu laa
dulu rasa tension gile ngan tesis ni
rasa macam tak sempat nak siapkan
rasa macam tak boleh habis
tapi tahu-tahu dah siap
then bila dapat komen prof 
rase macam
waaaaaaa!!!!
seronok gila
rasa macam nak lagi je
nak buat master la lepas ni
haha

alang-alang aku kat rumah ni
aku nak repair penulisan aku laa sekarang ni
tak sabar nak siapkan 
then nak amik gambar
then buat profile picture kat facebook
hahaha

ok setakat ni sahaja
plan memang la nak buat penulisan kat rumah ni
tapi bila da sampai rumah ni 
ofkos laa
rosak program
aku tengok muvi je la keje aku
bukan muvi actually
aku tengok love rain
hahaha
sekarang ni baru episod 2

ok la 
cukup la tu
aku nak main dota sat
khamis depan ade tournament..
haaa
ok 
Assalamualaikum

Tuesday, 16 April 2013

Still lot of work to do

Assalamualaikum

secara rasminya aku nak bagitawu yang
aku dah tak payah masuk lab lagi..!!!
yeay!!
tapi maybe aku kena masuk lab lagi kot
nak setelkan ape2 yang belum setel..
but still aku dah tak payah masuk lab malam2
and for that
yeay!!
draf tesis aku dah siap
yeay!!
except for bab 3
which is aku tak tulis ape2 pun lagi..
but still..
yeay!!
tinggal nak tunggu prof semak
yeay!!
tapi prof tade..die pergi newzealand
yeay!!
so urusan tesis aku kene tangguh untuk 10 hari
then aku boleh fokus untuk exam midsemester aku
yeay!!
and aku baru habis baca 1 bab daripada 8 bab
double yeay!!
sedih gile!!
aku dah habis baca 1 buku daripada 12 buku yang aku dah beli
yeay!!
and aku dah dapat tempat LI atau pun latihan industri
yeay yeay!!
tapi tempai LI tu kat kepong
super yeay!!
jauh gile bak hang..nak menangis aku..

and for all that
I want to say...
alhamdulillah
terima kasih sangat-sangat kat Allah
seriously..
thank you Allah...

anyway..
walaupun esok nak exam
aku tengah tengok cerita love rain
ataupun dalam bahasa melayunya
hujan cinta
ke cinta hujan?




Ni citer tahun 2012
cerita ni dah lama aku donlot
tapi sebab busy sangat
so aku tak sempat nak tengok
tapi tadi aku nak makan
then tade muvi nak tengok sambil makan
so aku pun tengok la cite love rain ni

berdasarkan orang cakap2
ade orang cakap citer ni best
ade orang cakap citer ni tak best
ade orang cakap citer ni progress die slow sangat
sampai die tengok 1st episode
terus dah tanak tengok
haha

anyway..
aku tak tahu lagi citer ni best ke tak
aku nak tengok pun sebab ade yoona belakon
aku baru tengok episod 1
ape yang aku boleh cakap
stress gile tengok cite ni
hahah
bukan stress ape
stres sebab lelaki tu segan sangat..hahaha
teringat macam aku dulu-dulu

ok setakat itu sahaja update daripada aku
aku nak sambung tengok citer hujan cinta nih
Assalamualaikum

Tuesday, 26 March 2013

Menggila dengan baucer buku

Assalamualaikum

memandangkan aku terlalu banyak kerja
sampai aku tak tahu mana nak start
so aku tulis blog la ye

BB1M
atau dalam bahasa ringkasnya
baucer buku
aku tak ingat bila aku dapat baucer ni
masa mula2 dapat tu memang tak tawu nak beli ape
sume benda kalau bole nak bayar guna baucer buku
nak makan 
beli baju
beli hard disk
beli speaker
sampai nak main boling pun
tanya boleh guna baucer buku tak

anyway
aritu ade book fair
aku saje singgah 
then kalau dah singgah memang tak sah la kalau tak beli kan
aku pun beli la 3 bijik buku
setiap kali beli buku mesti dalam kepala aku pikir
buku yang dah ade pun tak terbaca lagi..ko nak tambah buku baru
then aku counter balik dengan ayat amri
takpe beli je dulu baca tu kemudian bole..haha
then aku ade  7 bijik buku yang aku tak terbaca
hamik ko

nak dijadikan cerita
aritu aku stress jumpa dengan sv aku
pasal tesis la ape lagi kan
bile stress ni aku pun jalan2 la kat sekitar ukm ni
sementara tunggu dapat data dari lab kan
aku pun pergi book fair lagi
tawu2 aku TERbeli lagi 5 bijik buku
hamik ko lagi sekali

rupanya ada keseronokan dalam membeli buku ni
tapi kalau nak baca tu
keseronokan dia kureng sikit laa
haha

anyway
baucer buku tu suma ada RM250 
then sekarang aku baru guna RM150
ada lagi seratus lagi
due date die hujung bulan mei ni
kalau tak silap aku la
tah bila la aku nak baca sume buku2 ni
last2 aku baca buku kimia gak..
haha
exam nak dekat kot..

anyway
ni ha buku2 yang aku da beli
takpe beli je dulu
baca tu kemudian..ahaha


ok sekian saje
Assalamualaikum

Thursday, 21 February 2013

..::PUDAR::..

Assalamualaikum

sekarang ni aku rasa down gila
so aku nak merepek jap
1st day last semester
bukanlah hari yang menggembirakan
and its getting worse 

as time passes by
harapan aku nak sambung master macam makin pudar je
by pudar I mean
macam dah tanak sambung
sebab
aku rasa dah patah semangat gile
untuk last semester ni
makin banyak benda nak kena consider

bila banyak benda nak kena consider
banyak la aku berfikir
All this time
since I was in school
all my life is about science
I've been learning it since darjah 4
but now
rasa macam its time to stop
rasa macam give up gila

All this time 
I've excel in my subject
I get an A on chemistry or whatever
I get this good feelings about all the thing that I can be
but now
I think I will not become any of them
I never thought that I could sink so low

anyway
macam yang kawan aku cakap
benda dah jadi
and aku dah sampai sini dah pun
tak kan nak berhenti setengah jalan kan
so lets just finish this
and get a damn scroll by this October 
shall we

ok 
Assalamualaikum 

Sunday, 17 February 2013

Ada apa dengan blog

Assalamualaikum

beberapa minggu lepas 
aku private kan aku punya blog
kenapa??
segan gila kot
tibe-tibe ade orang baca blog aku
out of many blog
kenapa blog aku..
tapi tiba2 ade orang tanya kat aku deactivate blog ke??
then aku macam
aaaaaaaaaaaaaa
die pun baca blog aku jugak ke..
tapi tak kisah la die sebab aku kenal dia
and dia punca aku buat blog ni

then 
lepas aku korek2
rupa2nya orang tu kawan amri
curse you amri!!
katanya amri ade share link blog aku
then die pun baca la

then aku still tak puas hati
aku korek2 lagi..
haha
kenapa blog aku
haha
sebab aku rase tade ape-ape pun yang menarik kat sini

bila pikir2 balik
die cakap
ade orang buat blog sebab nak kejar follower
or nak duit nuffnang tu 
then aku macam
ooo ye ke
tak tahu pun..
haha

kenapa aku buat blog ye..
hmmmmm
sebab ade orang suruh
and its a she
haha

then aku pun pikir-pikir
katanya blog aku menarik..zzzzz
ape la yang menarik sangat 
aku ade tengok-tengok blog orang lain
and memang jauh lagi menarik untuk dibaca
haha
ade cakap pasal politik
ade cakap pasal isu semasa
ade cakap pasal motivasi
ade cakap pasal die punya view pasal masyarakat setempat
ade siap buat cerita- cerita pendek
well as for my blog
let see..
hmmmmmm
crap
crap
crap
crap
mr.crab
hahaha
aku hanya merepek je
it is just another story of my life
haaaaaa

anyway
yang paling menarik ialah
decoration blog die
macam2 application la ade
pergh
memang jauh beza 
memang cantik dan menarik perhatian untuk baca
dan kalau line internet lambat
nak loading page die pun jadi lambat gila
coz banyak benda nak kena load
haha
and as for my blog...
pfffff
amende la aku letak ni..
haha

anyway
esok dah start last semester aku
and aku harap semua benda dipermudah kan
huuuuu


Thursday, 24 January 2013

Semester 5 done

Assalamualaikum

dengan berakhirnya last paper aku pada hari khamis pukul 10.30
dengan lafaz bismillah
secara rasmi nya aku mengatakan semester 5 dah berakhir...
next is
semester 6
latihan industri
dan akhirnya
grad
woot woot

sedikit komen untuk semester ini
semester ni paling busy
busy gile
stress gile
pening kepala gile
banyak keje gile
banyak masalah gile
banyak main boling gile
like seriously
streeessssss

tapi alhamdulillah 
aku berjaya harungi semua itu
yang membuatkan aku nak ambik satu quote
ketika kita terlalu banyak masalah Allah tidak meminta kita mencari jalan keluar dengan penat
Allah hanya minta kita sabar dan solat..
and thats what I do
dan alhamdulillah
setel semua masalah

dan semester depan
dah dapat rasa da lagi banyak cabaran
dah dapat rasa lagi banyak kerja
dah dapat rasa lagi pening kepala
dah dapat rasa rambut gugur
seriously
patutla ramai prof kimia ni botak
rambut gugur..
aku dah dapat rase..huhu

ok itu mukaddimah
actually nak cakap
sebelum semester 5 bermula
aku macam dah berazam kan.
nak create memory banyak2
nak ada banyak kenangan manis
coz aku tka lame lagi nak grad kan
but then..
ta daa

masalah yang banyak 
mendatangkan stress yang melampau
membuatkan tak banyak pun kenangan yang mampun diukir
lagi banyak kenangan pahit adalah
mungkin kenangan sem 5 ni ialah kebusy-an yang melampau ni kan..
who knows..
sebab bila aku nak describe pasal sem 5 ni
1 word
busy!!!!!!!!!!!!

ok
walaupun aku tawu ade something wrong kat blog ni bila aku post gambar
tapi aku nak try sesuatu gak
haha
ini adalah beberapa memori yang telah diukir sepanjang semester 5
not much..
tapi bole laa...

ok here goes


1st activity- beraya bersama budak-budak ni..
tak pergi mana-mana pun
just raya rumah kamil and hapiz
tapi seronok la
kira macam boys day out..haha


next beraya kat rumah naz
tapi kali ni bersama pak2 pc (pemudah cara)
atau nama am nya
fasilitator juga dikenali sebagai fasi
ini memang kira rombongan betul la ni..


next ialah persiapan untuk mmp
atau minggu mesra pelajar
kira persiapan untuk sambut junior2 la ni
ade banyak gambar tapi uplot satu je la ye
wakil..hehe


then tibalah hari mendaftar untuk sesi 2012/2013
hari pertama untuk mmp
time ni pagi2 lagi kitorang da kene ready...
memandangkan mmp ni selama seminggu
so aku uplot gambar banyak sikit...
ok here goes


ok la uplot la gambar aku satu kan
dari tadi tade gambar aku
masa hari mendaftar tu aku jaga makanan
btw aku diberi tugas bahagian jamuan
kiranya aku in charge untuk memastikan dalam seminggu tu makanan semua cukup la
untuk adik-adik junior-junior
pc-pc
tetamu-tetamu
then masa ni aku tengah tade keje
so aku pun menyibuk tolong la bahagian jualan ni..
haaa


ok ni gambar junior-junior
tanak cakap pape pun
just gambar ok..


ni gambar time diorang dengar taklimat
ok bagi pc-pc time budak-budak ni dengar taklimat la time yang sesuai untuk tido
coz memang penat gila
dalam seminggu tu
tido 1-2 jam sahaja


and of coz
sape-sape yang terbaring tu
memang kompem terus pengsan
then sape-sape yang tido tu
kompem kne dengki
ade orang amik gambar
aku salah satu orang yang mendengki tu..haha


time-time budak dengar taklimat juga
ialah masa yang sesuai untuk pc-pc amik gambar
dan seperti biasa kameraman (aku)
takde dalam gambar..huhu


then
pung pang pung pang
habis seminggu orentasi
siyes rasa sekejap gila
then macam biasa la malam last tu
ade la majlis perpisahan sikit..




malam last tu
ada orang nak amik gambar dengan aku kot
segan gila aku..
haha


then ni la grup aku..


then habis minggu mmp
masuk la minggu belajar
antara benda yang menarik dalam minggu belajar ialah..
ade ke yang menarik dalam belajar
subjek kimia keadaan pepejal
mase ni belajar pasal struktur pepejal dalam bentuk kristal
prof kitorang prof Yang Farina Ahmad cakap
die taknak buat periksa
tapi dia bagi esaimen banyak2..
then antara esaimen yang diberi ialah
membuat model struktur kristal...


habis belajar..
aku ade masuk pertandingan woodball
main macam golf tapi kayu,,
haha
cam ape tah aku main..


then aku pergi kursus ape tah ni
aku pun tak ingat
tapi tempat dia cantik
haha


then ade pesta konvo
memang tiap-tiap tahun ade pesta konvo ni
mase ni aku yang bukan budak protokol
saje ikut budak-budak protokol ni g pesta konvo..haha


then ade interaksi protokol di sungai congkak
sekali lagi
aku yang bukan budak protokol ni saje join
nak mandi..haha


ok gambar aku
ingan senang ke nak ade gambar aku ni..haha

then ade satu lagi
pertandingan boling
dapat no 2
tapi gambar die tak tahu ade kat mane..haha

tambah 1 lagi sebelum aku terlupa..
hari interaksi kelab kimia..
haha
almost forgot about that...
ok ini 1 gambar...



aku rasa itu je kot aktiviti aku masa semester lima ni
ok laa
walaupun banyak kerja
tapi aku keluar jugak
nak release stress
da habis keluar...balik bilik
stress balik..haha

aku rase itu je kot
ok la assalamualaikum
next sem
nak create lagi banyak memori
coz next sem ialah sem last..huhu