Sunday, 2 August 2015

Hence Begin a New Chapter

Assalamualaikum

Secara rasminya aku nak cakap
aku dah berhenti kerjaaaa
and of course nak kene buat satu post
pasal last day kerja kan
but more on that later

Apa yang aku nak cakap sekarang ialah
whats next....
macam yang sesetengah orang dah tahu
sebab aku tak bagi tahu semua orang pasal plan aku
plannye ialah nak sambung master
so hari ni aku dah jumpa sv aku
untuk bincang pasal projek master yang akan aku buat
nampak tak aku update blog on the same day of hari kejadian
yeeeaaaayyy

so sekarang ni
nak kena buat proposal
and of course dah setahun lebih aku tinggal research ni
and my english pun
heeeemmmm
thats why la aku post something kat sini
just to see where my english is

so here goes....
hewry pot-ah
wot-ah
brit-ish
woat
expelliarmus

ok so aku rasa english aku ni takde la teruk sangat
so next...
the brain
so to make sure yang aku ni fit untuk buat research
I need to do a lot of reading
nak kena buat literature review this and that
and tadaaaaa
otak karat sudah
baru baca 1 jurnal and I was like
eeeeeerrrrrrr
I am so doom!!!

anyway..
I do have hope
and I want to go through this
so apakata kalau ko doakan aku dapat 4 flat sem ni
so first thing is
kita baiki relationship kita dengan Allah
eceh
time-time canni laa baru nak dekat-dekat dengan tuhan
serious ni
bila rasa macam tak ada harapan ni kan
then baru kita sedar yang satu-satunya tempat berharap ialah pada Allah

ok sekian
barang siapa yang baca post ni
mohon doakan aku ye..


Wednesday, 22 July 2015

Bila Nak Berubah

Assalamualaikum

Nak cerita sikit pasal cerita raya
macam biasa la kalau time raya ni
pakcik makcik semua mesti nak buat sesi flashback
termasuk lah mak aku

Nak dipendekkan cerita
tengah aku seronok-seronok main dengan bebudak ni
tiba-tiba sepupu aku cakap
ijam ni sejak kecik dulu macam ni sampai besar tak berubah pun
aku pun eeeerrrrrr 
mane ada
lepas tu mak aku pun sambung
ijam ni dia rasa dia budak-budak sebab tu dia macam ni

okaaaayyy
so sekarang ni acanne
acantu lah nak acanne lagi
nak berubah ke
ade orang cakap alaa kau baru 24 tahun
ade orang cakap weh ko dah 24 tahun weh
nampak sama tapi lain

Aku teringin jugak nak berubah
tapi nak berubah jadi macam mane
jadi macam tu la nak jadi macam mane lagi
aku pun pelik kenapa aku tak berubah lagi
sebab aku perasan yang aku ni budak-budak lagi ke
ke sebab dulu ade orang pernah bagi lagu ST12 - jangan pernah berubah
sebab tu aku tak berubah
hahaha

tapi tu dulu laa ade orang bagi lagu
sekarang ni dah takde da
lama jugak tunggu dia bagi lagu
tunggu lagi ke??
tapi tak ada pun


Okay this is clearly off topic
so baik aku stop 
sebagai penutup
nah lagu
dengar lagu ni pun sebab baru tengok cerita home






Thursday, 12 March 2015

Writing

Assalamualaikum

I think I need to start writing again

sooooo....

berikan aku diari tulis setiap hariii~~~

Thursday, 25 December 2014

Nasi Kerabu

Assalamualaikum

Pernah tak rasa macam nak makan sesuatu
tapi tak dapat
lepas tu nak hilangkan lapar
makan je la ape yang ada
tapi sebab tak dapat makan ape yang kita nak
so rasa tak puas
rasa macam kenyang tak kenyang je
pernah kan
ke aku sorang je rasa macam tuh...
heeemmmm

anyway
Lets just say
aku teringin sangat nak makan nasi kerabu
tapi atas sebab-sebab tertentu
aku tak makan pun nasi kerabu tu
tapi sebab ade nasi lemak depan mata
so aku pun makan la nasi lemak tu
tapi macam yang aku cakap
rasa tak puas ok

so tengah2 makan nasi lemak tu
ade la orang nak offer aku makan nasi minyak
mula-mula macam seronok je
tapi tu bukan nasi kerabu
so aku tolak..
In fact..aku tolak offer nasi2 yang lain jugak

Somehow aku rasa
selagi aku tak dapat nasi kerabu
aku tak puas
so aku rasa takpelaa
aku settle down dengan nasi lemak ni je
sampailah ade sorang kawan aku ni ingatkan aku
yang aku memang nak sangat nasi kerabu ni

so sekarang ni
aku teringin nak makan nasi kerabu nih
tapi aku takut
mungkin sebab dah terlambat
atau mungkin sebab aku dah lama berhenti 
so...susah untuk aku start balik
 ok this is a perfectly normal way to phrase that

anyway
aku dah nekad
nak makan nasi kerabu tahun depan
tapi tak sempat nak makan bulan 3 ni
terpaksa makan nasi kerabu tu bulan 9
tapi ade budak tu nak makan nasi kerabu bulan 3
baru je nak makan same2 dengan die
nanti aku kene makan nasi kerabu sorang-sorang
kalau die tu ade seronok sikit kot
ok jangan nak berharap sangat ok..nanti kecewa pulak

ok cukuplah untuk kali ni
tapi sebelum tu
let me tell you a big secret
Im not really talking about the nasi kerabu
its just a metaphor
ok bai...
nah gambar nasi kerabu..




Sunday, 12 October 2014

Just Enjoying the moment

Assalamualaikum

Just want to tell you something
Tadi ada pergi lepak-lepak dengan amri
since sekarang ni masing-masing da bawak haluan sendiri
so agak susah la nak jumpa
so bila ada peluang tu
cuba la curi masa sikit nak jumpa
just want to catching up stuff

So...
bila dah jumpa tu
supposedly mesti nak kena amik gambar
you know..
for the memory 
at least that's what everybody else were doing
tapi tak
takde rasa pun nak amik gambar ke pape
Just enjoying the moment
just let the time fly

maybe its not a big moment
there's nothing to remember
but its important to me
I need the talk
nak kongsi masalah semua
suppose ada something la kan untuk aku ingat balik benda ni

or maybe 
when I like a moment..
I dont like the distraction of the camera
just save it for my own

entah lah...
anyway....
Im think Im starting to like my job..
well...not my job
but the people in it
and sometimes its scared me
seriously...

sekian.....

Friday, 10 October 2014

Ada Lagi Orang Tengok Blog ni..??

Assalamualaikum

hari ni aku nak cerita sikit
pasal seseorang
and its a she

Sebenarnya aku ingatkan 
dah tak ada orang yang sudi nak menjenguk blog ni lagi
ye la..da bape lame tinggal
tah hidup tah tidak
tapi tapi tapi...

Im gonna start this post by saying something about her
so dear orang yang masih tengok blog ni
aku tak tahu la memang awak ni nak tengok
atau secara kebetulan
tapi memang betul-betul tak sangka la

Sedikit tentang dia
sebenarnya aku tak tahu macam mana ak boleh kenal dia
and tak tahu macam mana boleh rapat dengan dia
satu ketika dulu la
padahal dulu tak ada la rapat sangat
nak kata ada banyak persamaan
hemmmm...
entahla...

anyway....
setakat yang aku kenal dia la
dia ni selalu happy
jarang aku tengok dia sedih
even dia ada masalah pun
dia happy jugak
pelik jugak aku
biol ke ape budak ni
happy je manjang

Tapi sejak dua menjak ni
dia kata dia sedih
aku pun tak tahu kenapa
satu hari masa aku tengah balik keje
ada tweet masuk kata
"blog kau ni sentiasa menceriakan hari mendung aku"

ok 1st of all
blog ni bukan ke tempat untuk aku fefeeling sikit
tempat ak cerita benda-benda sedih
background pun gambaq hujan kot
macam mana boleh menceriakan
ke dia nak kata dia gelakkan aku
kuajaq kuajaaaaqqqq

and 2nd
hari dia mendung keeeeeeee
macam tak percaya aku
orang yang sentiasa happy
boleh ada hari yang mendung
tengok gambaq dia kat fespuk instagram semua
macam happy je
tengah happy pun sedih ke
heeemmmm

anyway....
aku pun tak tahu kenapa hari dia mendung
aku pun tak tahu kenapa dia sedih
setakat ni yang aku tahu
dia sekarang ni ada masalah berat badan
sedih sebab dah gemuk..
haha
ampun ampun

kalau nak diikutkan
aku rasa aku dah tak berapa nak kenal dia dah
aku tak tahu 
ape cerita
dah makan ke belum
pasaipa sedih sangat nii
lepas ni dia nak pegi jejalan ke mana
belajar lagi ke ape ke
dah nak kawin ke ape ke
kalau tengok kat weechat dia
dia kata
born to die
itu je yang aku tahu pasal dia
apakah ini semua...
heeemmmm
aku tak tahu apa-apa
apa yang dah terjadi
aku pun tak tahu
Aren't we suppose to be close friend..
but now what happen..
rasa macam nak pegi subang sana jumpa dia lepas tu nak bebel-bebel lepas tu balik

anyway
I'm gonna pretend that we're still the oldest and dearest friend
kalau tak nak cerita apa-apa takpe la
kalau tak nak angkat call takpe la
which is dia tak pernah nak angkat kalau aku call
sebagai kawan yang baik dan perihatin dan hensem
Im wishing you all the best
semoga happy selalu
kau kan orang yang selalu happy
mana boleh sedih-sedih

kalau blog ni boleh meceriakan hari kau yang mendung
tak pe la..tengok je laaaa
nanti aku try selalu update ye
tapi kalau boleh jangan laa..segan kot

and kalau tengok tu 
jangan la bagitawu..
jangan buat aku terharu laaa...
nanti aku suka kau kang susah

sekian...

Monday, 6 October 2014

You've Got Mail

Assalamualaikum

ok ini awkward
nak tulis kat sini pun rasa awkward ke
tak tahu nak start macam mana
dah lama sangat tak menulis ni
so...
here goes...

Currently I'm downgrading myself
to a point where I try to communicate with a nepalist
orang nepal panggil nepalist ke..hemmm
so bayangkan la 
macam mana nak cakap dengan orang yang tak tahu malay and english
nak buat ayat pun dah macam budak darjah satu da ni
macam mana nak sambung master ni
nak tulis tesis sume2..
heeeemmmm

anyway...
itu sikit la cerita aku sekarang ni
just in case kalau ade orang tanya
"azam kau ni ape cite"
kalau la kan

Sebenarnya nak cerita
aku tengok cerita You've Got Mail
Cerita tahun 1998
kenapa tengok
sebab ada tom hanks berlakon
teheee
and as expected
cerita tom hanks berlakon ni tak pernah mengecewakan aku
setakat yang aku tengok la
aku pun tak de la macam fanatic sangat dengan mamat tu

Anyway....
cerita dia pasal cyber love
tahun tu maybe internet ni macam benda baru
so dia jadi menarik la
tapi kalau nak pikir zaman sekarang ni 
memang semua benda start dengan internet
Lagu die pun boleh layan la..
Benda yang paling menarik ialah
cerita ni buat aku nak update blog dan baca buku..
heeemmmm

Dah tak tahu nak cakap ape lagi
soooooo
ni gambar



Dan ini sedikit quote la yang aku rasa menarik

"Do you ever feel you've become the worst version of yourself?
That a pandora's box of all the secret, hateful parts...your arrogance,
your spite,your condescension has sprung open?
Someone provokes you and instead of smiling and moving on,
you zing them?
Hello, its Mr. Nasty"

kenapa aku rasa menarik..
sebab sentap kot
aku rasa dah banyak kali da jadi benda ni
and no matter how hard I try to control myself
when the situation come
Hello, its Mr. Nasty again..

ok sambungan
" I must warn you,
when you finally have the pleasure of saying the thing you mean to say
at the moment you mean to say it
remorse inevitably follows"

and its true
setiap kali Mr. Nasty tu keluar
lepas tu rasa menyesal gilaaaa

ok sekian....
Assalamualaikum