Monday, 13 June 2016

Upacara Semasa bulan ramadhan

Assalamualaikum

So basically 
sekarang ni dah pun masuk bulan ramadhan
dan biasanya bila masuk bulan ramadhan ni
aku akan bukak fesbuk
then tgk kat chat tu
yang mana-mana kaler hijau tu
semua semua ak cakap selamat berpuasa

and banyak kes yang jadi tu
last chat aku dengan dia kat fesbuk tu pun
yang aku wish selamat berpuasa taon lepas punya
so dekat fesbuk chat tu
yang ada aku cakap selamat berpuasa ke dia
lepas tu dia pun cakap selamat berpuasa ke aku je

anyway
so tahun ni aku tak buuuaaaatttt
sebab macam sibuk jee
then macam tak bukak laptop sangat
sebab laptop pun macam hidup tak hidup jee
so sekarang ni pun macam dah masuk 8 ramadhan pun
bukan macam dah memang 8 ramdhan pun

Satu lagi upacara semasa bulan puasa ni
mesej mesej wish selamat berpuasa
kalau dulu sms je laa
tapi bila dah ada wassap ni
ramai yang pakai wasap je

and tahun ni pun 
tak ada orang mesej pun pasal ucapan selamat berpuasa ni
nampak sangat kan aku takde kawan
semua semua mesej kat group je
senang wish sekali harung je
tu pun mesej mesej foward
aku sebenarnya lagi suka mesej yang buat sendiri
and lagi-lagi suka kalau pm jee
intimacy dia lebih sikit giteeeew
kalau dapat mesej foward-foward ni 
biasanya aku foward balik kat diorang
haha


anyway
walau apa pun perubahan zaman yang berlaku
harap hubungan kita kekal macam dulu
selamat berpuasa

Tuesday, 12 April 2016

Hancur Luruh Kecewa

Assalamualikum

So...
laptop aku masih rosak
keyboard ni pun macam nak kene buang je
as a result
masa aku submit proposal haritu
banyak gila typo yang aku terlepas pandang
sakit betul hati aku

Anyway
sekarang ni rasa macam nak tlis sesuatu
even keyboard macam nak mintak beli baru je

Ingat lagi tak cerita Kyle XY
cerita yang best gila 
masa dulu-dulu

well aku download cerita tu 
full episode
semua season
 entah kenapa aku rasa macam nak tengok balik
sebab aku macam tak ingat ending dia macam mana


It turns out
cerita tu memang tak ada ending pun
adoi kecewa betul aku
ada sampai season 3 je
then aku google
memang dia da stop pun 
ending dia tergantung macam tu je
kecewa jiwa dan raga betul
tapi sebab aku da ter tengok cerita tu
so terpaksa tengok je laa.

soooo.....
nah gambar


Thursday, 14 January 2016

Jom Selawat

Assalamualaikum

so hari tu 
aku ade dengar lagu jom selawat
best pulak lagu dia
heliza helmi dengan sapa tah sorang lagi yang nyanyi tu

so 
aku pun dengan gigihnya
pergi cari lagu tu dekat youtube
sekali aku tengok lawa betul heliza helmi ni

aku pun cakap a ke mak aku
mak..nak kawen dengan heliza helmi boleh tak
mak aku cakap 
tak payah nak mengarut la
tua dia dari mung nye

seeee
nampak sangat kan
heliza helmi pun tak layak nak kawen dengan aku

anyway

sedap taw lagu dia
lepas tu ade lagi satu lagu dia
jom zikir

so 
pandai pandai la cari sendiri ye

sekian

Ambil Mudah Kah

Assalamualaikum

So lately aku ade baca-baca
kisah orang-orang yang share pengalaman
masa dia buat master atau phd

risau gila aku dibuatnya
sebabya bila baca kisah diorang tu
aku tengok 
diorang ni tak makan la
tak tidur la
malam-malam pun masuk lab la
nak menutut ilmu tak boleh dengan badn yang dimanjakan la

lepas tu ada member aku sorang ni
buat master jugak
lepas tu dia tweet macam-macam
risau nak defense proposal la
buat proposal sampai tak tido la
tapi takde la sampai tak makan
sebab tiap kali pergi makan mesti dia post gambar makan

contoh
ceritanya semalam bla bla bla
pergi makan dengan bla bla bla
end of semester bla bla bla
had dinner with bla bla bla
gila stalker aku

Anyway
the thing is
aku tak rasa pun benda-benda tu
setakat ni la
aku rasa hari-hari aku half day
lepas tu tak ada pulak tak cukup tidur
risau betul aku
ada benda yang aku miss ke
ke busy tu belum datang lagi
kawan aku cakap aku je rasa macam tu
sebabnye aku amik mudah sangat

heeemmm
anyway
kena beringat la waktu senang 
sebelum datang waktu susah

doakan aku ye
sekian

Tuesday, 12 January 2016

Apelah Yang Aku Nak Sebenarnya

Assalamualaikum

So ade orang mintak aku update blog ni
Kompem die tak de keje sekarang ni

anyway
the reason aku dah lama tak update blog ni sebab
satu
sekarang ni aku macam busy jugak la
sebabnya aku ada kerja part time
so siang tu buat labwork 
malam tu mengajar
so aku update atas permintaan je la ye
eceh
padahal sorang je yang mintak aku update

ok sebab yang kedua
laptop rosak
seeeeeeeeeee
20 e aku tekan 10 je yang keluar
mohon kire ade berapa e kat situ
tak de ke sangat kan
stress tawuk
dah la nak kene tulis tesis
tengok ye kalau aku taip laju-laju jadi macam mane
azm ensem
seeeeeee
huruf a dengan h tak keluar
geram betul

Anway
so aku dapat keje mengajar kelas tusyen
which is ok la kan
sebabnya the reason aku sambung master pun sebab nak mengajar
tapi bila aku dapat keje mengajar ni
even kelas tusyen pun
macam tak best je
sebabnya macam dah takde cuti da
hujung minggu pun kene keje


so 
aku buat satu kesimpulan
nak buat apa apa pun sebenarnya 
yang buat best sesuatu perkara tu ialah member
kalau ko buat benda tu sorang-sorang
tak kisah la benda tu ko minat ke ape
boleh jadi tak best
so dekat tempat tusyen tu
tak tahu la perancangan Allah kan
tak nak bagi aku rasa tak best
aku jumpa fadil weh
fadil ni budak sama sekolah dulu
sebenarnya sampai sekarng aku tak tahu nak eja nama dia macam mana
fadhil ke fahdil ke fadhli ke
so aku panggil fadil je la ye
fadil cakap ko dengan rafi wei
siot betul ko tak bagi tahu aku
senyap-senyap je kan

anyway
so itu lah
aku pun tak tahu aku nak ape sebenarnya
dah keje pergi berhenti sambung belajar
dah sambung belajar rasa nak keje pulak
dah dapat keje yang aku nak pun rasa macam so so je

doa doa untuk aku ye
Assalamualaikum

p/s kepada yang berkenaan
mohon expain ko dengan rafi kaaaaaann

Thursday, 20 August 2015

Im a Mess

Assalamualaikum

Secara rasminya
ade orang komen blog ni 
setelah 2 tahun
kenapa ade orag baca lagi blog nih
haaaiisshh

anyway..
sebagai menghormati komen si pengomen tu
dia cakap apesal merepek sangat 
so kali ni
aku tak nak merepek

sooooo
lets talk about some serious things
here goes
politik
ekonomi
sosial
vandalisme
global warming
tak dak idea weh

ok fine aku tak reti sangat nak serius ni
tapi aku reti nak jiwang
at least tak merepek kan

so here goes
pada suatu hari aku pegi confess kat someone
dan dia jawab
ko gila ke
takkan la ko bole suka orang macam aku
berani dia reject aku
ingat aku tak hensem ke
tapi kan sekarang ni baru aku paham
kalau ade orang confess kat aku pun
aku rasa aku akan cakap macam tu
sebab aku sedar aku sape
Im such a mess

haaaa
kan da jiwang
sekian

Tuesday, 18 August 2015

Cerita Pendek

Assalamualaikum

Sekarang ni sepatutnya aku kena tulis paperwork
tapi tak tahu la nak tulis ape
sooooo
Im just gonna write something here instead

Nak dengar cerita pendek tak
pada satu hari aku pergi sambung master
kenapa laaaa aku pergi sambung master
aku ni kan pemalas.
(Zulaikha, 2015)

ok cerita ke dua
pada satu hari aku baru perasan 
ada orang tu dah remove aku dari friend facebook die
sentap gila woi
ni yang nak merajuk 3 bulan ni
Dan yang lagi menyedihkan
masa aku benti keje tu
aku tak de proper goodbye pun
pluss aku tak de gambar pun dengan diorang
sedih gile woi
ni yang nak buat esei 360 patah perkataan ni

anyway
i really should get back to write the paper
so.....
tu je la kot sesi merepek untuk hari ni
doakan yang baik-baik

Assalamualaikum