Wednesday, 11 September 2019

Can I eat your pancrease

Assalamualaikum

so 
kali ni aku nak cerita pasal satu anime
yang aku baru tengok
cerita can I eat your pancrease
ke I want to eat your pancrease
something like that la

actually 
aku nak tengok weathering with you
yang tengah ada kat panggung sekarang
tapi 
since plannye nak tengok esok
so aku cerita pasal cerita lain lah dulu

anyway
so cerita dia pasal seorang perempuan
umur budak2 sekolah menengah
nama dia sakura
dan dia ada penyakit pasal pancrease dia
dan dia for sure nak mati dah
dan dia rahsiakan daripada semua orang
yang tahu hanyalah parents dia dan doctor dia je

then
sakura ni jumpa seorang lelaki sekelas
nama dia tak ingat dah
actually tak jumpa pun lah
kebetulan laki tu pergi hospital
then terjumpa diari sakura
yang cerita pasal penyakit dia
so end up laki ni tahu pasal penyakit sakura

tapi
laki ni jenis pendiam
dan tak bergaul dengan orang
so macam rahsia sakura ni selamat la dengan laki ni
tapi since laki ni je yang tahu pasal penyakit sakura ni
so sakura ni jadi selesa nak cerita-cerita luah-luah apa-apa dengan laki tu

dan 
laki ni pulak 
macam da berubah sikit-sikit
dari pendiam jadi macam mesra alam sikitlah

so
pung pang pung pang
dah suka sama suka
tapi perempuan ni for sure nak mati dah
so sedih-sedih la sikit
the end

so 
what are my thoughts
first off all cerita dia mostly teringat
awal-awal lagi dah spoil yang perempuan ni mati
then the rest of the story ialah monolog lelaki ni
so macam spoil la sikit

2nd
aku tak tahu la
feeling tu macam tak sampai sangat
maybe sebab cerita pasal Budak-Budak sekolah
youngsters semua
then aku pun macam tak boleh relate sangat
so macam tak best
Im no longer that innocent, suka merepek, still finding love kid anymore
Im now not so innocent, serious man
and I found my love gittew
so feeling tu macam tak sampai sangat
stress aku 

anyway
cerita ni best je sebenarnya
bila fikir-fikir balik macam touching je
tapi tu lah
that's life kan
so aku rekemen lah kalua nak cuba-cuba layan movie anime ni
ni one of the movie yang boleh tengok la
selain daripada
kimi no nawa
silent voice
5cm per second
and weathering with you ni
semua cerita ni femes kot
hang jangan buat tak taw

dan
esok nak tengok cerita weathering with you
tak tahu nak expect apa
sebab aku macam dah tak berperasaan
why me why

sekian


aku bagi 8/10 la






Tuesday, 3 September 2019

Happy Merdeka

Assalamualaikum

so kali ni 
I just want to say some tought
yang bermain di fikiran

I heard this in a lecture
something goes like this
imagine that one day we loose all of our memory
we don't know who our parents is
we don't know where do we live
we don't know who our friend and family
basically we can say we have lose our identity
because part of knowing our identity is know our past

so
bersempena hari merdeka ni
marilah kita lihat kembali identiti kita sebagai rakyat malaysia
dan untuk kenal identity kita 
kita kenalah kenal sejarah kita
kalau kita tak kenal sejarah kita
kita tak kenal identiti kita
kita ingat balik macam mane kita boleh mencapai merdeka

macam mana dulu
kita nak mencapai merdeka
kita tak halau orang balik negara masing masing
instead kita bersetuju
untuk sama-sama duduk di satu tanah yang sama
dipanggil tanah melayu
berserta dengan syarat-syarat tertentu
macam mana dulu kita sama-sama
bertoleransi untuk berada di negara yang sama

dan aku sangat terkesan dengan apa yang dr maza cakap
apa yang membuatkan kita Malaysia 
apa identiti kita
tulisan yang kita guna
Bahasa yang kita tuturkan
itulah kita malaysia

so 
ingatlah kita tentang sejarah
dan kalau nak belajar sejarah 
belajarlah daripada orang yang selayaknya
orang yang dah habiskan bertahun-tahun sisa hidupnya
untuk mengkaji tentang sejarah
dan bukan orang yang spend masa 10 minit
buat google search 
then terus sembang sejarah
kalau nak baca dari twider pun
tengok lah mane sumbernyaa

sekian sahaja
actually 
aku nak cakap 
cuti merdeka hari tu aku g penang
dan aku tak tahu macam mana nak upload gambar
sebab sekarang ni nak upload gambar kena fikir caption
dan aku tak dak idea nak letak caption apa
haaiishh
so 
more on that later la

assalamualaikum

Monday, 26 August 2019

My thoughts on TI9

Assalamualaikum

Aku sangat emotional sekarang ni
as TI9 pun baru je habis
dengan kemengan kepada team OG
dan memandangkan aku tengah emotional
here's a special post for TI9

so TI9 
its a tournament international untuk game dota
kira macam world cup la jugak
tapi untuk dota
dalam banyak-banyak tournament
TI ni kira yang paling berprestij la
dan untuk tounament kali ni
prize pool dia ialah 34 000 000 usd
gila tak gila

mana datang 34 juta tu
well semuanya adalah sumbangan
 dari komuniti rakyat marhaen seluruh dunia yang main dota ni
biasanya kat game kan ada beli-beli barang kan
sampai untuk orang yang waras 
dia akan rasa
kenapa nak beli barang-barang dalam game ni
tapi sebab ramai orang tak waras kat dunia ni
so diorang semua beli beli beli beli 
sampai wang terkumpul seluruh dunia ialah 34 juta
dan dia buat tournament 
and aku bukan penyumbang dia okaaayy

anyway
so TI 9 ni dimenangi oleh team OG
dan aku sangat tak suka dengan team ni
hence my emotional breakdown
kenapa aku tak suka

sebabnya
tahun lepas pun OG menang
and since dia menang
diorang sangat berlagak
semua team dia trashtalk
tapi diorang sangat power
semua orang dia kalahkan
but still aku tak suka 
sebab attitude diorang

so siapa team yang aku sokong
well aku bukanlah die hard fan sesetengah team pun
tapi kalau aku nak pilih
aku pilih team EG
then team Secret
dan OG kalahkan diorang semua
so aku tak suka OG sebab tu jugak

Anyway
sebagai penonton
I enjoy a great game la
memang aku akui la
OG sangat on the next level
diorang macam main mobile legend
similar but difference la
tapi since semua orang main cara dota
dan diorang main cara mobile legend
so semua orang sangat terkejut dan tak boleh nak counter

so
tahniah la
for the first time aku tak tengok interview-interview TI ni
sebab OG menang
so habis di sini la

tahniah team OG



tahun depan semoga kalah teruk

Happy birthday to me....2 weeks early

Assalamualaikum

So aku baru beli laptop
kononnya hadiah birthday untuk diri sendiri la
do i regret it
yeah sometimes
sebab apa?
kan dah lama kan nak beli kan
sebab aku rasa tujuan aku beli laptop ni sebab nak main game je

so I just spend almost 3k untuk aku main satu game je
dan kenapa tiba-tiba je beli
sebab sekarang TI9 (International Tournament DOTA) baru je habis

so masa tengah TI tu
aku sangat hype untuk main game
sampai aku rasa screw it
aku beli je la
so I just get the cheapest gaming laptop available


anyway
since aku dah beli dah pun
I just have to make full use of it la kan
takkan la nak buat main game je
so bermula lah aku mencari-cari
apa lagi yang boleh dibuat dengan laptop ni
selain dari main game dan tengok video

sekian


tadaaaa
so happy birthday in advanced
kira ok laa kan
sekali sekala spend untuk diri sendiri
tapi sekarang terasa miskin dah

sad life

Saturday, 15 June 2019

Until then

Assalamualaikum

Yeeeee
aku tahu aku nak lagi banyak menulis
Tapi the thing is
laptop aku rosak
Dan sekarang aku pakai laptop adik aku
dan laptop ni ayah aku yang selalu guna

aku memang dalam perancangan nak beli laptop baru
tapi aku takde strong reason lagi untuk aku beli
dan 2019 bukan tahun terbaik untuk beli laptop


so dikesempatan ini
dalam banyak-banyak benda yang aku nak tulis
aku nak cakap yang aku tak boleh menulis buat masa sekarang


sekian

Wednesday, 31 October 2018

Halloween 2018

Assalamualaikum 

Bersempena dengan my first azam untuk 2019
I said I want to write more
so here goes
kali ni aku nak review satu cerita yang aku tengok baru-baru ni
Halloween 2018

Actually aku tak suka sangat cerita hantu
tengok kat tv pun tak suka
inikan pulak nak tengok kat wayang
seingat aku satu-satunya cerita hantu yang aku tengok kat wayang 
cerita poltergeist 2015
tu pun tengok sebab kawan nak tengok so join je la

dan kali ni
pun sama jugak
kawan datang dari bangi
mula-mula dia datang nak jumpa awek dia
awek dia da beli tiket wayang
lepas tu tengok-tengok awek dia ade emergency
sepupu dia sakit tenat kat hospital
so kawan aku ni bosan
tak tahu kenapa dia tak nak ikut awek dia pergi hospital
dia pun ajak aku jumpa
aku pulak cakap dah alang-alang awek dia beli tiket wayang
kita tengok je la 
so berdating la aku dengan dia
tiba-tiba bila da sampai kat panggung
awek dia call kata waktu melawat dah habis 
so dia nak sambung dating
aduh
habis tu aku nak buat ape
last sekali aku pun jadilah third wheeler antara diorang
setelah sekian lama aku tak jadi third wheeler
diorang pun belanja la aku satu tiket wayang

anyway
cerita dia Halloween
cerita ni macam sambungan kepada halloween tahun 1978
sebenarnya ada 11 series da cerita halloween ni
tapi yang lain-lain tu semua merepek
yang menjadinya halloween 1978 dan halloween 2018


by the way
mungkin aku akan terspoiler kan cerita ni
so sapa-sapa yang belum tengok dan rasa nak tengok dan tak nak orang spoiler
jangan sambung baca
sekian
assalamualaikum

so sesiapa yang nak terus baca
walaupun cerita ni sambungan cerita dulu
tapi tak korang tak perlu pun nak tengok cerita yang tahun 1978 tu
sebab macam boleh catch up je dengan cerita ni
cerita dia pasal seorang serial killer ni nama michael myers
dia bunuh-bunuh orang pada malam halloween
dan ade sorang perempuan (Laurie Strode) ni terselamat
sebelum michael ni kena tangkap la
so itu yang cerita tahun 1978

so now cerita sekarang ni
40 years later
Michael ni masuk ward psychiatry 
aku panggil dia orang pisau
sebab dia bunuh orang pakai pisau
even dia ada pistol pun
dia cucuk org tu guna pistol
sebab dia orang pisau

anyway
ade sorang doktor ni berminat gila dengan dia
doktor ni macam nak tahu
kenapa dia ni minat sangat nak bunuh orang
apa motivation dia
dia ni bunuh orang suka-suka ke ade target-target tertentu
tapi michael ni tak pernah cakap apa-apa
so sebagai doktor psychiatry ni dah kalau patient tak cakap pape
nak jadi apa kan
cuba bayangkan kita pergi jumpa doktor kaunseling ke pape
then kita tak cakap pape
then doktor tu boleh buat ape
so duduk lah Michael ni dalam ward tu 40 tahun

Laurie strode ni pulak
since dia survive pembunuhan 40 tahun lepas
dia jadi fobia gila
sampai dia pagar rumah dia gila-gila 
beli pistol banyak-banyak
practice menembak semua
sampai anak dia pun dia latih lawan latih guna pistol sume
nak defend dari orang pisau
 sampai anak dia fed up dengan mak dia
dan anak dia lari
lawyer punya cerita la ni
kata mak dia abuse ke whatever

nak dijadikan cerita
michael ni nak kena pindah ward
dia pindah pada malam halloween
dan masa on the way nak dipindahkan tu
bas yang bawak dia terlepas
dan dia pun terlepas
dan dia pun cari pisau dan dia pun jadilah orang pisau
Hing Hing Hing

Malam tu orang pisau menggila
bunuh-bunuh orang
bila Laurie ni dapat tahu orang pisau tu bebas
dia pun cari keluarga anak dia dan suruh pindah kat rumah dia
sebab rumah dia selamat
dah pagar gila-gila 
ada pistol bagai

orang pisau ni bunuh-bunuh lepas tu 
polis macam dapat tangkap dia
tapi doktor psychiatry die pulak lepaskan
doktor tu cakap dia nak tengok 
ape kes la orang pisau ni suka sangat bunuh orang
jadi dia nak orang pisau ni bebas sebab dia nak study orang pisau

last-last orang pisau ni sampai kat rumah Laurie
tapi Laurie ni macam dah prepare pistol bagai
last-lat orang pisau mati
or is it............

so
cerita ni best lah jugak
plot dia menarik
bunuh-bunuh darah-darah pun banyak
cerita horror kan
ada la jugak humor
tapi humor dia tak menutupi horror
so its not a horror comedy type of a movie
its a horror movie
dan aku balik tu sampai mimpi kot kene kejar dengan orang pisau
pungkoq btoi
aku tak boleh betul tengok cerita hantu ni
tapi cerita ni macam bosan sikit
macam ada beberapa scene tu tak payah ada pun takpe

bagi aku cerita ni pasal Laurie
dan character dia macam best
Laurie ni jadi bad ass gila
dengan pistol senapang semua
tapi at the same time dia sebenarnya takut
dia fobia
tapi disebabkan dia fobia dia kuatkan diri dia jugak
walaupun dia dendam dengan orang pisau ni
nak sangat-sangat bunuh orang pisau ni
tapi boleh nampak yang dia sebenarnya takut
watak dia berlayer-layer dan sangat menarik

dan pasal orang pisau ni pulak
kalau nak buat dia orang
buat la dia orang
ni orang tembak pun tak mati
duk rilek je
dan tanda tanya yang muncul
aku tak rasa pun orang pisau ni nak bunuh Laurie pun
its not his mission
dia just nak bunuh-bunuh orang je
Laurie tu je perasan yang orang pisau ni nak bunuh dia

ending cerita ni macam tergantung jugak
sebab tak tahu orang pisau ni mati ke tak
maybe sebab dia nak buat sambungan ke ape
turns out orang pisau tak mati
jeng jeng jeng

so halloween
7/10
sekian assalamualaikum

nah gambar

ni halloween 1978 aku baru nak download nak tengok


ni halloween baru 2018



Tuesday, 30 October 2018

Coming Towards 2019

Assalamualaikum

Bulan Oktober baru nak melabuhkan tirai
tapi the eager untuk tahun baru dah rasa
as if kalau nak buat pape kene tunggu tahun baru kan
so basically ada lagi dua bulan untuk 2019 
tapi macam da ade azam tahun baru 
nama pun azam kan

anyway
since aku pun dah nak habis master
tengah tunggu viva lagi
dan aku akan mula bekerja semula
so rasa macam nak belajar something new

aku ni
minat betul dengan laptop
minat sebab nak main game je
tapi bile tengok laptop yang high end
rasa macam nak beli
rasa je la
since aku bengong sampai kena scam 
habis duit aku semua 18 ribu
so memang rasa je la 
tak boleh beli pun

membuatkan aku terfikir
aku tak boleh beli pun
tak wordy pun nak beli laptop mahal mahal 
kalau sekadar nak main game

then aku tengok adik beradik aku
abang aku gunakan laptop untuk produce lagu
takdela sampai ade studio ke pape
tapi ade something la yang die buat dengan laptop 
adik aku pulak lagi la
dia memang belajaq multimedia
jadi die gunakan laptop untuk buat kartun animation bagai

aku yang boleh dikatakan laptop enthusiast lah sangat kan
nak guna laptop untuk ape
untuk main game je ke
dan taip thesis je ke

so semua ni membuatkan aku rasa
macam aku nak belajar sesuatu yang baru
yang menggunakan laptop ni
ergo
azam tahun baru
tak tahu kenapa tapi ofkos la kene tunggu azam tahun baru kan

so bersempena nak menghadapi tahun 2019 ni
aku dah ade azam baru

1) I want to write more
aku nak update blog selalulah jugak kan. Since dah habis taip thesis so nak taip sesuatu yang barulah kan.

2) I want to read more
aku tak tahu kenapa sepanjang aku buat master ni, aku dah jarang baca buku. Sebab bila nak baca buku je rasa macam nantilah, baik aku baca jurnal untuk thesis aku. So untuk tahun 2019 ni aku taknak baca jurnal sangat dah, aku nak baca buku lain. Unless kalau aku gila pergi sambung phd then kena baca jurnal balik la kan. btw aku TAKNAK sambung phd. More on that later la kan. kalau tak panjang la post kali ni

3) I want to learn about photography and videography
This is more like a hobby baru yang aku nak cuba la kan. Hobi je la. Tidaklah aku nak jadi professional photographer nak beli buat duit bagai. So this is something yang aku nak applykan laptop yang aku nak beli tu la. So takdelah macam beli laptop untuk main game semata mata kan. Aku pun takdelah nak beli kamera baru ke pape, pakai kamera phone je hanya sekadar nak belajar ambik proper picture dan sedikit ilmu editing. Tapi one thing yang aku rasa leceh untuk benda ni ialah nak transfer gambar dari phone ke laptop, rasa macam too much effort la pulak. So benda ni kena figure out later la kan. ni azam tahun baru kan bukan sekarang

4) yang last dan yang paling berazam yang aku berazam nak buat tahun 2019
I want to learn about programming
yes, aku ada terasa jugak nak belajar buat programming ni, web development ke, software language ke. aku nak tacap blog ni pun malas So ini memang kena berazam betul betul berazam ni dan sekadar hobi je la dan tidaklah sampai aku nak pergi kelas nak register ambik diploma ke ape. Belajar online je, paling sakai pun aku search je how to...... then tengok video-video yang ade la. Ada jugak satu website ni yang berbayar yang ade kelas-kelas online ni, maksudnye belajar yang proper sikit la. Tapi tak tahu la aku sampai nak attend kelas tu ke tidak rilekla tahun depan kan.
so itu je lah kot 
untuk azam tahun baru nanti
nampak tak semangat tahun baru tu

anyway
tahun ni masih ade dua bulan lagi
dan there is still lots to come
ada beberapa life event yang insyaAllah sudah dirancang
so untuk tahun ni kira habis la kat sini kan

Itu saja lah untuk kali ni
panjang pulak aku cakap
so nah gambar yang aku dah ambik dalam phone 
yang aku gigih nak transfer dalam laptop dan letak kat sini
gambarnya takdelah cantik mana pun
gambar saja-saja





sekiang