Friday, 31 July 2020

Changing Interest

Assalamualaikum

Kali ni aku nak cakap pasal kereta
pelik kan
Aku tak tahu lah kan
sama ada aku ni makin tua
atau aku dah bosan tengok tepon
tapi
tiba-tiba
aku macam minat tengok kereta pulak sekarang ni

Its all started when 
I stumble on a video
pasal bezza vs saga 
dalam video tu
dan komen-komen warganet dalam video tu
kebanyakannya pilih saga untuk kepuasan handling 
dan bezza hanya menang part penjimatan minyak
ramai orang cakap
try dulu bawak proton nanti mesti tak nak tukar kereta lain dah
proton yang baru-baru ni lah

sampai aku rasa macam nak try beli pulak proton ni
ingat macam beli kereta macam beli pisang goreng 
dulu aku berpendapat
at least for me la
since aku pakai myvi
kalau aku nak tukar kereta
aku masih rasa kalau aku nak tukar kereta
aku still akan consider myvi baru
aku masih lagi boleh consider untuk tukar ke perodua
and sekarang bila aku dah berkeluarga
aku boleh je nak consider perodua arus ke alza ke

tapi not for proton
bagi akula 
orang beli proton ni sebab murah
then macam oklah beli lah untuk first car ok la kot
then bila nak upgrade kereta lain boleh lah beli yang elok sikit
kalau aku guna proton saga for example
then bila aku nak tukar kereta
aku tak akan pergi proton preve ke atau bila aku dah berkeluarga
aku takkan pergi ke proton exora
mesti akan lompat brand lain

tapi itu dulu
lepas kena racun dengan video video dekat youtube
sekarang ni aku rasa
untuk upgrade ke proton pun 
still a valid option
since aku ni pun bukanlah orang kerja gaji besar-beasr sangat pun
for me 
proton macam in the right path la
untuk a few years akan datang
aku rasa proton boleh jadi dream car kot

anyway
sekarang ni
aku rasa macam just nak drive je
tanpa hala tuju
just nak menikmati pemanduan
dan pemandangan
bukan bawak dengan perasaan nak cepat sampai
sebab nak sampai kemana kan 
rasa macam nak kembara 1 malaysia
lagi-lagi bila aku dah resign ni kan
btw aku dah resign 19 ogos 2020 last day

Tapi since aku da ada anak ni
agak susah la untuk aku bergerak
so aku memang looking forward untuk balik kampung je lah
sebab jalan jauh kan
merasa lah sikit

sekian
semoga aku boleh berjalan-jalan sebelum aku start kerja baru
which is aku belum ada kerja back up pun lagi sekarang ni

Monday, 20 July 2020

Getting Personal

Assalamualaikum

 

Ok screw proper writing

I want to rant first

Sebab kalau nak rant ni kena emosi sikit

And aku kalau emosi takda nak acah-acah cakap english ni

 

Since this week

I’ve been going to Hospital Sultannah Aminah (HSA) a lot

Because I just had my first born

On Sunday 12 July 2020 at 2.10pm

Its a boy.

 

But he suffer from jaundice

And we have to go to HSA a lot to check the baby

And apa ang aku perasan ni

Doktor ni kan

Kalau tak pakai iphone mesti pakai samsung note

Phone paling mahal kot

On android side and IOS side

Kalau cakap dengan aku ni phone je la

Takda benda lain

 

Anyway

Yes I know

I don’t tell Instagram about the baby

Normally I would be like

Follower kena tahu ni

But now

I don’t really know

Maybe I suffer from work stress

or maybe its something else

Am I not happy about the baby

Of course Im happy

But somehow I keep it to myself

All the baby pictures taken

I keep it to myself

But my wife,

No, she tell everyone,

So I guess its ok since my wife already tell everyone

So I can just stay quiet.

 

In fact I was thinking about writing this on personal file

And not post it

Tapi nanti berapa banyak file aku nak simpan kan

So takpa la post je la bukan ada orang tengok pun.

 

Anyway

Its been a week

And aku rasa macam dah terlambat je

Kalau aku nak buat satu instagram post kata

Isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami

Pada 12 julai 2020

Pukul 2.10pm

Sunday, 19 July 2020

Firts Trial

Assalamualaikum

Somehow, 
I enjoy writing or typing on my laptop.
And that's why I still making an entry on my blog
even tough everyone else seems like slowing down in making entry.
Sometime, I felt like writing a story,
even tough I only have half way idea.

normally,
my entry is anything that I want to write,
I write in my native language
and sometimes in english
with no regards of grammar or whatsoever.
I just write.

But that's doesn't looks professional.
If I were to write in a formal way, 
It will loose the relaxation sense when reading
at least that's what I think.
 
But if I write in a proper way
I could improve my writing skills.

So
I don't know
lets just wait and see 
what I'm going to write.


Thursday, 28 May 2020

Its Easier

Assalamualaikum

just another session
aku baru sedar sesuatu

cakap senang lah
atau dalam Bahasa Inngerisnya
Its easier

Its easier to say
 syukur selalu, syukur seadanya
bila semuanya ada
orang post makan sedap-sedap
caption syukur seadanya
well bila semua ada
senang untuk kita ucapkan kata kesyukuran
dan memang kita kena bersyukur pun
melampau la kan makan sedap tapi tak bersyukur
kalau tak ada
kalau kekurangan 
adakah kita akan still cakap syukur seadanya
atau attitude kita suddenly lain

Its easier to say
aku hormat je orang kerja McD
orang kerja Aeon, kerja cleaner ke whatever
bila kita sendiri kerja yang oklaaa
bukan kerja bagus sangat pun tapi oklaaa
macam mana kalau
kita tiba-tiba takda kerja
and kerja yang ada ialah kerja retail macam tu
adakah kita boleh buat
atau suddenly kerja tu not up to our standard
atau pun bila pasangan kita yang takda kerja
dan kerja yang ada kerja yang macam tu
adakah kita akan kata ok je kerja tu
atau suddenly rasa macam
pasangan kita tak mampu nak menampung hidup
atau suddenly rasa kena makan pasir

Its easier tu say things 
when everything is good
but when things goes bad
that's when we know 

sekian

Sunday, 3 May 2020

But why

Assalamualaikum

macam yang aku cakap dalam post lepas
aku sekarang tengah dilema nak beli phone baru
since 2018 lagi kot tak decide sampai sekarang
susah untuk aku decide
sebab sampai sekarang tak ada phone yang aku berkenan
macam lah aku tak nak beli phone dah lepas ni
nak beli yang perfect terus 
tapi setiap phone yang ada sekarang 
mesti ada something yang aku tak suka
sama ada kamera ke
battery life ke
screen ke
performance ke

until one day
aku fikir kalau nak all in one yang bagus memang susahlah kan
so apa kata kalua beli seperately
dan aku pun tengok kamera
gila apa
aku bukan selalu ambik gambar pun
tapi aku nanti nak ada baby nak ambik gambar banyak banyak

once aku dah start searching tuu
tahu tahu je la
nak itu nak ini
tapi tu lah
of course lah wife aku tak bagi kan

so 
itulah dilema aku sekarang ni
nak spend untuk phone all in one ke
nak beli phone+kamera separately with the same amount of money

sekian

Saturday, 2 May 2020

Lets Talk About Work

Assalamualaikum

awas rant panjang
currently
aku sangat stress dengan kerja
hence the rant

aku tak tahu lah kenapa
aku hilang fokus
I messed up so bad
semua benda yang aku buat semua tak jadi
semua alat yang aku guna
rosak

aku tak tahu lah
is it something yang aku boleh control
is it aku lalai
ataupun aku hilang passion
atau pun aku sress sampai aku distracted
atau pun sebab dah biasa dengan masa pkp ni kerja sikit
yang penting bukan sengaja lah kan

anyway
just nak cakap
up until now
aku dah kerja
chemist dekat kilang
lepas kerja sebulan aku pindah
chemist yang buat sale
sebab ada offer kerja kat jobor and gaji lebih tinggi
well siapa yang tak nak kan
kerja dekat dengan rumah dengan gaji lebih tinggi

then aku sambung belajar
sambil sambil tu aku ajar kat tusyen
sebab aku tengok ramai kenalan aku sambung master
and aku macam apa benda lah yang korang nak sambung sangat master ni
and one of the kenalan aku tu dah jadi wife aku dah 
lol ngorat junior
then aku kerja chemist dalam lab testing
since dah habis master kan

kalau aku nak ranking kan pengalaman aku ni
somehow
ajar tusyen ni kerja yang paling fulfilling bagi aku
tak tahu kenapa rasa seronok je
mungkin sebab aku rasa macam
ala tusyen je pun
kalau aku messed up pun ni just supplementary je
main point dia kat sekolah
tapi aku still buat betul-betul
dan aku seronok ajar tusyen
ada je budak yang memang kat sekolah tak boleh buat apa
dan memang mengharapkan tusyen ni
and alhamdulillah la kan
dari D boleh pergi B+
bukan sebab aku pun
aku still rasa I have something to do with it la kan

second
kerja chemist dekat kilang
mungkin sebab aku kerja kat kilang tu tak lama
so aku tak rasa lagi bosan asik buat benda sama je
tapi aku still seronok
mungkin sebab my first job
mostly kerja kat situ buat benda sama je
kena make sure semua ok so that operation part tak ada masalah
and aku pun tak stay lama sangat
untuk aku messed up kat sana
so aku pun tak tahu pressure dia macam mana
tapi ada je lah dengar cerita
hence kerja kat situ make my second best job yang aku pernah buat

third
kerja yang aku buat sekarang
aku boleh cakap kerja ni macam buat benda sama je
mostly lab testing untuk makanan pharmaceutical and so on
tapi sampel yang macam-macam lah
aku kerja sini dah nak 2 tahun dah
and macam-macam lah aku dah messed up kat sini
to a point aku rasa macam nak resign
bila aku cerita kat orang
ramai je yang cakap rilek la
biasa la buat salah
tapi aku still rasa bertanggungjawab
rasa macam kena resign
macam culture orang jepun tu
bila buat salah then take the responsibility and resign
and kerja kat sini kene kerah habis habisan
seriously kerja private sector ni
memang kena kerah macam nak buat jus

lastly
kerja yang paling aku kurang gemar
sepanjang pengalaman bekerja aku ialah
buat sales
memang tak masuk dengan aku
buat sales ni macam tak ada sop pun
tak ada satu resipi yang kalau kita buat
kita ikut then sale masuk
buat sale ni kena pandai-pandai lah
dan tengok rezeki
aku dah cuba buat kerja ni setahun setengah
and sale yang aku dapat 2 je yang betul-betul aku cari
yang lain-lain tu sale yang orang suruh aku handle je
aku rasa macam useless sepanjang setahun setengah aku kerja

anyway
aku kena bersyukur lah
itu peluang yang diberi dalam hidup aku
itu yang membina diri aku selama ni
sekarang aku tahu lah
aku ni suka yang mana tak suka yang mana
tapi tulah
nak mengajar ni
kalau ajar tusyen je memang gaji kecik je lah
nak jadi lecturer kene sambung phd pulak
aku nak ke lalu zaman-zaman buat research tu lagi

anyway
itu sahaja lah kot
btw blog ni ada sentuhan baru lah
terus tak pandai guna
sekian


Monday, 20 April 2020

First Step..Finally

Assalamualaikum

Finally
aku dah tak tahu nak buat apa
during my pkp days
to a point
yang aku start buat something
yang dah lama aku nak buat
tapi aku hold

walaupun pkp ni dah start almost sebulan
tapi
masa tu aku tak rasa lagi
tak ada benda nak buat
aku still rasa banyak benda nak buat
so aku hold dulu

tapi sekarang
aku baru nak start
orang kata the first step is the hardest
tapi once you start
you can keep it going
konsep inertia lah kan
nanti for sure aku complain sebab something came up

anyway
hopefully aku boleh teruskan
sampai aku kena beli buku baru
apa benda yang aku dah start tu
nantilah aku cerita
bila aku nak complain nanti

sekian