Sunday, 29 March 2020

First Post During RMO

Assalamualaikum

Apa khabar 
orang-orang kat rumah semua
Since kerajaan Malaysia sekarang buat
Restricted Movement Order RMO
and aku pun dah buat semua yang aku nak buat
atau pun yang lebih tepat
semua yang aku boleh buat

To a point that
aku menghupdate blog ni
nampak tak betapa dah tak ada idea nak buat apa ni
update blog ni at the bottom of to do list kot
and aku dah sampai nak update blog sekarang

actually
aku nak cakap
Since RMO ni
aku actually kena kerja
sebab bos aku ni insist and begitu yakin
yang company dia ni essential service
walaupun orang-orang lain cakap tak
and aku sebagai pekerja sahaja ni
mendengar arahan je lah
bos suruh kerja 
aku kerja lah

so
aku tak terasa sangat lah kebosanan tu
sampai lah satu hari tu
ada MOHR call office aku
btw MOHR ialah ministry of human resource
Katanya ada 2 complain bahawa company aku ni suruh kerja

aku macam seriously!!
beraninya korang complain bos
aku ni pulak 
tak suka betul cerita yang separuh-separuh macam ni
aku jadi tertanya-tanya
siapa yang complain niiiiiii
seriously aku tak boleh
aku tak boleh betul cerita yang separuh separuh ni
walaupun aku selalu buat orang macam tu

Aku pulak dah cuak
sebab parents aku selalu tanya 
kan tak boleh kerja
kenapa kena kerja
and aku selalu jawab 
dah bos suruh
complain kan la kalau tak nak pergi kerja
and ayah aku macam so determine nak complain 
cuak kot
kalau ayah aku yang complain kan
rasa macam nak resign teruih

tapi
masalahnya
tak ada siapa yang tahuuuuu
even bos pun mengamuk kat group 
kata if you think what we are doing is wrong
then you should resign immediately
wow
just wow

anyway
aku pun tak tahu 
sebenarnya company aku kerja ni
essential ke tak
kitorang ni third party lab je
buat testing untuk macam-macam lah
testing makanan ke
pharmaceuticals ke
healthcare ke
tapi since RMO ni
sampel pun tak banyak sebab kilang pun tutup
collegue aku semua argue
kita ni bukan buat production pun
kilang buat production pun tutup
kita nak acah-acah essential dah kenapa

so itu lah
since aku sekarang dah tak boleh pergi kerja
and dah tak tahu nak buat ape
so aku update lah blog
and macam ada second entry pulak

Sekian


Sunday, 16 February 2020

Sacrifice

Assalamulaikum

Kali ni aku nak cakap pasal sacrifice
Tapi takde lah nak acah-acah deep ke pape
Actually benda yang nak disacrifice kan ialah

Masa tidur
So one day aku macam penat sangat
And lepas isyak tu aku terus tido
Dan esoknya
I wake up feeling fresh gilaaaa
Rasa macam
Wow is this what its like to get 8 hours of sleep
Actually lebih 8 jam je but still

Then aku rasa macam nak buat hari-hari
Tido awal bangun macam biasa
Kalau tido awal bangun awal then sama je lah kan
But then
In order untuk aku tido awal
Aku kena sacrifice aku punya night routine
Ape je night routine aku
Well
Aku ada reading
Aku ada study sikit
Lagi-lagi bila nak jadi ayah ni kan
Macam kena banyak study pasal parenting
Pasal game pulak
Tak payah cerita la kan
Memang takde masa dah
Tapi aku cuba je lah jugak cari masa kan
Tak tahu kenapa
Tapi kena main jugak
Kalau tak main kan
Nanti somehow aku jadi cranky 
macam ada something yang tak lepas

Anyway
Time management is key
In order untuk aku juggle banyak benda
Aku memang kena ada satu routine
Atau satu regime yang aku kena strictly follow
And aku still searching still trying to find
that 1 schedule
Yang sesuai untuk aku follow






Sunday, 2 February 2020

Lets Talk About Phone

Assalaumualaikum

since Samsung punya launch event tahun ni dah dekat
and aku pun agak excited jugak
so aku nak kena cakap pasal phone jugak

aku nak tukar phone since 2019 lagi
tapi masa tu tak ada satu phone pun yang worthy untuk aku pakai

let see the contender
mula-mula phone dari china
termasuklah oppo vivo xiaomi Huawei realmi and so on
the thing about phone dari china ni
perkembangan dia sangat laju
setahun keluar sampai 5 phone
membuatkan phone tu jadi ketinggalan zaman
tapi bukanlah nak kata its a bad phone pun
tapi untuk orang-orang yang ambik tahu pasal perkembangan phone ni
aku akan rasa macam phone tu da outdated

for example
realme
tahun 2019 realme ni keluar sampai 4 phone
starting dengan realme 3 pro
then tambah kamera sebijik yang lain-lain sama jadi realme 5 pro
then tukar screen dari lcd jadi oled yang lain-lain sama jadi realme xt
then major upgrade realme x2 pro
dalam tahun yang sama
bayangkan kalua aku beli realme 3 pro
lepas 2 bulan dah ade phone lain
that's why semua phone china ni aku tak beli
walaupun dia offer phone yang sangat baik dan murah

next kita ada
nokia
phone nokia ni aku berminat sebab nostalgia je
and orang kata lens zeiss ni bagus
tapi bila tengok review macam banyak problem je
tapi tengok orang lain pakai macam elok je
so tolak tepi dulu

so yang tinggal apple dengan Samsung je lah
apple tak pernah masuk senarai
tapi since iPhone 11 tu nampak macam murah 
macam berkenan pulak
tapi
benda yang aku complain pasal iPhone 11 ialah

screen lcd hanya 720p
tapi tak teruk sangat pun
selama ni aku tengok youtube pun 720p jugak

tiada telephoto lens whatever that means la kan
tapi aku bukannya selalu ambik gambar sangat puuuuunnnnn!!!!!!!

kamera tiada pro mode
nak kena pukul ke ni
aku bukannya selalu ambik gambar guna pro mode puuuuuunnnnnn!!!!

susah nak connect dengan laptop
tapi nak buat apa connect dengan laptop??

tiada fast charging atau pun kena beli fast charging asing
ni takda tapi

habis tu kenapa sebab nak iPhone?

sebab dia iPhone la kan
aku pun nak try something yang baru jugak
and iPhone take better auto mode picture la kan

the thing about iPhone ialah
its just nice
tak lebih tak kurang
kena kompromi sana sini
tapi kompromi tu sesuatu yang tak penting sangat pun
but sure its nice to have la kan
tapi
its an iphone

and now
yang tinggal Samsung 
just that eiiy Samsung lagi
bosan dah

Samsung ni 
semua benda aku bagi B lah kan
takda yang dia excel
and takda yang dia teruk
kalau aku nak complain pun
bateri tak tahan lama
kalau ikut penggunaan aku
kalau nak tahan sehari tu
kena jimat-jimat sikit guna bateri

tahun 2019 ada Samsung S10
dah ok je
tapi rumors mengatakan Samsung S20 nanti
akan upgrade hardware baru
tapi dengar cerita S20 ni akan lagi mahal dari iphone
haaaiiihhh
so 
phone yang aku tunggu-tunggu
Samsung S20
please be nice

btw 
hari ni memang hari kalah je keeeee

4 game kalah berturut turut
rasa macam dah 194 minit 4 saat wasted
astaghfirullah



Wednesday, 11 December 2019

Sleeping Dogs

Assalamualaikum

aku just nak cakap
aku baru habiskan satu game
huh

seriously
lega that finally its over
sebab aku macam melekat jugaklah
dengan game tu 
dan selagi tak habiskan
selagi tu asik nak main je
tapi aku still boleh limitkan lah
satu hari satu mission
but finally
hari ni habis dah

lepas main ni
rasa macam keyboard laptop ni
macam dah kurang sensitive pulak
sebab asik tekan kuat-kuat je
rasa macam kena beli external keyboard je

ok 
so lepas ni
aku nak pause dulu
seriously
jangan sambung game baru taw Azam
banyak benda nak kena belajar ni

Sekian




Tuesday, 10 December 2019

Learning Something new

Assalamualaikum

So basically
I have my honest answer 
if someone ask me
where do you see yourself in 5 or 10 years
of course kita semua ada plan masing-masing kan

tapi kalau
time interview takkan lah kita nak give our honest answer kan
mesti kena tipu-tipu sikit
kena bagi jawapan yang boleh securekan tempat kerja kan

anyway
sebelum ni aku tak ada pun milestone untuk di capai
for example by this age
aku nak ada itu ini
sebab aku pun tak tahu
tapi since kawan aku ada mention his milestone
so aku rasa 
aku pun kena ada lah jugak kan

so 
here goes
well sekarang ni
aku kerja as chemist kan
mostly kerja aku dalam lab lah
and aku buat lab testing

somehow
aku rasa kerja aku ni
tak sesuai untuk long term
somehow
aku rasa my health deteriorating
and aku rasa
sampai bila aku nak buat lab test ni
nanti umur 40 ke 50 ke
masih nak macam ni ke

so
aku rasa aku kena improvekan diri sendiri
try to do something new
maybe aku even kene jump ke bidang lain
well there always bisnes kan
tapi aku macam sangat tak pandai berniaga

jadinya
aku rasa macam
by 40 years old
aku nak kena kerja something yang
physically less demanding
seriously aku rasa
aku akan sakit pinggang
sakit-sakit sendi
if I keep going on with my job

even aku punya health apps pun
aku boleh achieve by just doing my job
macam
aku nak exercise
tapi bila tengok amount of steps aku da buat hari tu
aku rasa macam
ok cukup lah tu
kerja aku ni
quite physically demanding jugak la kan

so
aku macam nak try something
aku tanya kawan aku
dia suggest kalau nak go into IT kan
boleh start dengan web developer dulu
then boleh up sampai ke programming

then
aku pun macam
oklah
that's my milestone

ada
colleagues aku ni
dia resign kerja
sebab company aku suruh sain benda yang sangat merepek
which is
employee tak boleh cari kerja lain within 20km radius from office
gila apa
radius kot
bukan distance
kalau tengok maps tu
memang kalau johor ni memang kena pergi Singapore la jawab dia

so
dia taknak sain
then bos ugut dia tak nak bagi bonus
lepas tu dia terus resign

then
bila tanya apa plan dia
dia kata dia nak ambik kelas IT
then nak jump on that bidang lah kan

and I was like
seriouslaaa
aku tak ada that kind of courage kot
even aku nak belajar ni pun
aku macam sambil-sambil je
my passion tak sampai tahap nak bayar kelas online pun lagi
kalau dulu degree belajar benda ni pun bagus
at least time degree
even aku malas pun
aku still kena buat
tapi sekarang
im so slow

aku ni
nak jump dari android ke IOS pun takut-takut lagi
nak buat online purchase pun takut kena tipu
inikan pulak jadi web developer

haaiiihh
sekarang ni dalam kepala aku
iPhone 11 atau Samsung s11 je
sampailah aku dah beli 1

sekiang

Sunday, 1 December 2019

Count Your Blessing

Assalamualaikum

since 
aku macam banyak sangat 
feeling down
aku pun cuba-cuba lah 
be more positive kan

so 
aku ada tengok satu video ni
dia kata count your blessing
if you have something interesting happen
take a picture
if you taste a good food
share it on social media

basically
dia macam suruh cuba 
focus on the positive things la kan
and one way untuk buat macam tu ialah
take a picture
any picture yang kita rasa macam
boleh menyinari hidup kita
then share 

so
aku pun buatlah satu challenge
for my self la kan
satu hari
satu story
until january
kenapa january
just because it rhyme

the thing is
aku pun dah tak tahu nak ambik gambar apa dah
and aku dah miss sehari dah
masuk hari ni dua hari
and aku rasa
bila ambik gambar tu
caption nye negative aje
so macam defeat the purpose je

the other thing is
segan gila nak post-post gambar nih
aku bukannye creative sangat pun

the other one more thing is
phone aku da nak habis memmory
tahap kritikal dia sampai
nak update apps pun tak boleh
sebab tak cukup memmory
tahu tak betapa aku nak install
tiktok
apps mcd
tapi aku hold dulu
haaaiihhh

sekian

aku nak cakap 
so nah gambar pun tak boleh
sebab tak ada gambar dah 


Knowing Sucks

Assalamualaikum

kali ni 
aku just nak keluarkan dua benda je
the thoughts yang bermain dalam kepala ni

first
oh my god iPhone 11 is sooo tempting
seriously kalau aku nak beli phone tahun ni
memang aku beli iPhone 11 je
tapi aku macam takut nak ambik
the leap of faith untuk beralih ke ios
and last sekali
aku macam nak tunggu Samsung s11 jugak
sesiapa yang boleh racun aku ni
memang aku beli now

second
I just found out
something hurtfull
membuatkan aku rasa
kalau aku tak tahu benda tu
aman hidup aku

So
in order to do that
aku kena kill my curiosity la kan
which is sooo hard
the only thing yang aku boleh buat ialah
detox
which means aku nk remove
orang-orang yang bring up my negative thoughts
ok la bukan remove la
just unfollow
tapi nanti aku tak tahu pulak kan
tapi bila tahu menyakitkan hati pulak
this is sooo stressfull

so
the question is
nak buat sekarang ke
nak tunggu tahun depan je
benda ni macam something doable je kan
so boleh jadi azam tahun baru yang boleh di achieve

in conclusion
knowing sucks
aku memang kena kill my curiosity
and hopefully unfollow orang-orang tu can help la kan
so bila aku tak tahu
yang diorang mengata aku ke
diorang nak buat pape ke
takde lah aku sakit hati sangat kan
tapi nanti aku tak tahuuuuu!!!

sekian