Wednesday, 15 April 2020

MCO Start To Take Its Toll

Assalamualaikum

so currently MCO is still on going
at first aku macam okay fine
lagi pun aku kena kerja 
so takde lah bosan sangat

tapi
one thing yang aku perasan
makin hari aku macam makin cranky
aku tak tahu lah apa yang menggangu fikiran aku
tapi rasa serabut

especially on
benda yang aku selalu buat sorang-sorang
now
I don't have the place to do that
I have the time but I don't have the place
there's no time for me to be alone

I don't know why
ke sebab aku ni introvert ke
but I need some time alone
to do the things that I want to do

but that's the problem
bila aku menyuarakan benda ni 
nanti mula lah ada yang kecik hati
I just need some time
not all the time

sampaikan aku rasa
macam nak pergi kerja hari-hari
sebab kalau aku pergi kerja
then aku ada masa untuk aku
tapi dalam kereta je lah

btw
aku sekarang kerja ikut shift
since antara SOP untuk kerja time MCO ni
kena half or minimum workforce
so memang selang sehari lah kerja
tapi rasa macam nak datang hari hari pulak

sekian

Tuesday, 7 April 2020

How the MCO affect me

Assalamualaikum

kali ni aku just nak cakap
how this movement control order atau MCO affect me
bukan nak complain ke apa 
ye aku tahu ramai je yang lagi teruk 
tapi besar ke kecik ke
MCO ni tetap memberi kesan terhadap semua orang kan
so this is how it affect me

first of all
affect ke effect ni?
rasa macam affect
tapi tak sure lah
because im getting slow
that's how this MCO affect me

aku rasa macam aku makin kurang produktif
dan aku risau 
kalua benda ni berterusan
slow is becoming my normal speed
in term of my work
I cant get a lot of my work done
dulu aku boleh siapkan banyak benda
sekarang banyak gila delay

in term of my daily life
aku makin susah nak bangun tido
no matter how early I go to bed
jadi malas nak bangun pagi
sebab jalan tak jem so boleh keluar lambat sikit
kalua dulu aku keluar sebelum pukul 7 
just because nak elak jem
then sampai awal boleh pergi masjid dulu
tapi sekarang masjid tutup
kalau sampai awal pun 
I got nowhere to go
so aku bertolak lambat
hence lambat bangun

second of all
aku macam risau je
mana kerajaan dapat duit banyak sangat nak bagi kat rakyat ni
first time kot aku risaukan negara macam ni
banyak gila duit kerajaan nak spend
untuk cover covid ni
aku macam terfikir
what are the cost kan
orang tak keje
tapi kerajaan keluar duit untuk cover orang tak keje
seriusla

anyway
aku betul-betul berharap
covid ni boleh habis secepat mungkin
so that kita semua boleh kembali produktif
mula-mula seronok la kan
dapat cuti
tapi
lama-lama macam ni
rosak diri rosak negara kot

sekian


Tuesday, 31 March 2020

My Timetable going Crazy

Assalamualaikum

aku just nak cakap 
aku ni jenis someone yang stick to a routine
Aku perlukan jadual untuk aku jadi lebih berdisiplin
aku perlukan jadual untuk aku time management

tak tahu lah
maybe its easier
macam dah selesa dengan benda tu
and aku tak nak keluar dari comfort zone tu
because I dont want the mental resistance 

tapi
aku tak boleh kalau tak ada jadual
aku ada aku punya morning routine
aku ada aku punya night routine
during the day aku kerja je lah kan

one time
aku jadi cranky
sebab tak dapat follow my routine
I do believe that how my day start
will determine how the rest of the day will unfold

Tapi
Im still open to changes
kalau ada member ajak keluar ke pape
aku ok je
tapi bagi 1 day notice lah at least
sebab aku nak kena plan

aku tak tahu la kenapa
tapi aku dah tak boleh nak spontaneous 
tak boleh nak tiba-tiba nak buat something
sebab I got my things to do
I got my responsibilities
I got my routine
my time is limited

untuk orang yang boleh spontan macam tu
aku agak admire lah jugak
macam adik aku yang kerja multimedia ni
dia tak kisah pun
tiba-tiba nak keluar
sebab kerja dia duduk depan pc je
and buat kerja
so dia boleh untuk fleksible kan masa dia
dia nak keluar sepanjang hari
then malam nak buat kerja ke
nak stay sepanjang hari buat kerja ke
nak tak tido malam sebab nak kejar dateline ke
nak bangun lambat ke


tapi aku tak boleh
aku nak jugak bangun pagi
aku kena jugak follow my morning routine

anyway
aku just nak cakap
since RMO ni
jadual aku dah barai dah
sebab tak boleh nak pergi kerja macam selalu
wife aku ada kat rumah
biasa duduk jauh
biasa aku pukul 9 dah ready nak tido
sekarang pukul 10 pun duduk depan tv lagi
so aku susah nak bangun pagi

apa nak buat kan
aku kena ada timetable baru lah kan
sebab nanti pun situation aku akan berubah
so tak boleh nak strict sangat
sikit lagi nak explode nih

sekian

Second post RMO

Assalamualaikum

sambungan dari kes lepas
since MOHR dah warning company aku
and company aku disuruh tutup
banyaklah spekulasi yang timbul 
untuk mencari siapa yang report tu
aku pulak dengar je lah kan
bab gosip ni laju je 

anyway
company aku dah request untuk bukak
and da approve pun
so maknanya
company aku ni essential lah kan
and kitorang pun dah kena kerja
tapi
tiada paksaan lah kan
siapa nak kerja boleh kerja
siapa tak nak kerja pun takpe jee

actually
kitorang ni bukan lah haruk sangat pun nak kerja
just that kerja banyak
and kalau cuti sekarang pun
nanti kena buat jugak
nanti pun kerja makin banyak 
sebab bertangguh

sekian

Sunday, 29 March 2020

First Post During RMO

Assalamualaikum

Apa khabar 
orang-orang kat rumah semua
Since kerajaan Malaysia sekarang buat
Restricted Movement Order RMO
and aku pun dah buat semua yang aku nak buat
atau pun yang lebih tepat
semua yang aku boleh buat

To a point that
aku menghupdate blog ni
nampak tak betapa dah tak ada idea nak buat apa ni
update blog ni at the bottom of to do list kot
and aku dah sampai nak update blog sekarang

actually
aku nak cakap
Since RMO ni
aku actually kena kerja
sebab bos aku ni insist and begitu yakin
yang company dia ni essential service
walaupun orang-orang lain cakap tak
and aku sebagai pekerja sahaja ni
mendengar arahan je lah
bos suruh kerja 
aku kerja lah

so
aku tak terasa sangat lah kebosanan tu
sampai lah satu hari tu
ada MOHR call office aku
btw MOHR ialah ministry of human resource
Katanya ada 2 complain bahawa company aku ni suruh kerja

aku macam seriously!!
beraninya korang complain bos
aku ni pulak 
tak suka betul cerita yang separuh-separuh macam ni
aku jadi tertanya-tanya
siapa yang complain niiiiiii
seriously aku tak boleh
aku tak boleh betul cerita yang separuh separuh ni
walaupun aku selalu buat orang macam tu

Aku pulak dah cuak
sebab parents aku selalu tanya 
kan tak boleh kerja
kenapa kena kerja
and aku selalu jawab 
dah bos suruh
complain kan la kalau tak nak pergi kerja
and ayah aku macam so determine nak complain 
cuak kot
kalau ayah aku yang complain kan
rasa macam nak resign teruih

tapi
masalahnya
tak ada siapa yang tahuuuuu
even bos pun mengamuk kat group 
kata if you think what we are doing is wrong
then you should resign immediately
wow
just wow

anyway
aku pun tak tahu 
sebenarnya company aku kerja ni
essential ke tak
kitorang ni third party lab je
buat testing untuk macam-macam lah
testing makanan ke
pharmaceuticals ke
healthcare ke
tapi since RMO ni
sampel pun tak banyak sebab kilang pun tutup
collegue aku semua argue
kita ni bukan buat production pun
kilang buat production pun tutup
kita nak acah-acah essential dah kenapa

so itu lah
since aku sekarang dah tak boleh pergi kerja
and dah tak tahu nak buat ape
so aku update lah blog
and macam ada second entry pulak

Sekian


Sunday, 16 February 2020

Sacrifice

Assalamulaikum

Kali ni aku nak cakap pasal sacrifice
Tapi takde lah nak acah-acah deep ke pape
Actually benda yang nak disacrifice kan ialah

Masa tidur
So one day aku macam penat sangat
And lepas isyak tu aku terus tido
Dan esoknya
I wake up feeling fresh gilaaaa
Rasa macam
Wow is this what its like to get 8 hours of sleep
Actually lebih 8 jam je but still

Then aku rasa macam nak buat hari-hari
Tido awal bangun macam biasa
Kalau tido awal bangun awal then sama je lah kan
But then
In order untuk aku tido awal
Aku kena sacrifice aku punya night routine
Ape je night routine aku
Well
Aku ada reading
Aku ada study sikit
Lagi-lagi bila nak jadi ayah ni kan
Macam kena banyak study pasal parenting
Pasal game pulak
Tak payah cerita la kan
Memang takde masa dah
Tapi aku cuba je lah jugak cari masa kan
Tak tahu kenapa
Tapi kena main jugak
Kalau tak main kan
Nanti somehow aku jadi cranky 
macam ada something yang tak lepas

Anyway
Time management is key
In order untuk aku juggle banyak benda
Aku memang kena ada satu routine
Atau satu regime yang aku kena strictly follow
And aku still searching still trying to find
that 1 schedule
Yang sesuai untuk aku follow






Sunday, 2 February 2020

Lets Talk About Phone

Assalaumualaikum

since Samsung punya launch event tahun ni dah dekat
and aku pun agak excited jugak
so aku nak kena cakap pasal phone jugak

aku nak tukar phone since 2019 lagi
tapi masa tu tak ada satu phone pun yang worthy untuk aku pakai

let see the contender
mula-mula phone dari china
termasuklah oppo vivo xiaomi Huawei realmi and so on
the thing about phone dari china ni
perkembangan dia sangat laju
setahun keluar sampai 5 phone
membuatkan phone tu jadi ketinggalan zaman
tapi bukanlah nak kata its a bad phone pun
tapi untuk orang-orang yang ambik tahu pasal perkembangan phone ni
aku akan rasa macam phone tu da outdated

for example
realme
tahun 2019 realme ni keluar sampai 4 phone
starting dengan realme 3 pro
then tambah kamera sebijik yang lain-lain sama jadi realme 5 pro
then tukar screen dari lcd jadi oled yang lain-lain sama jadi realme xt
then major upgrade realme x2 pro
dalam tahun yang sama
bayangkan kalua aku beli realme 3 pro
lepas 2 bulan dah ade phone lain
that's why semua phone china ni aku tak beli
walaupun dia offer phone yang sangat baik dan murah

next kita ada
nokia
phone nokia ni aku berminat sebab nostalgia je
and orang kata lens zeiss ni bagus
tapi bila tengok review macam banyak problem je
tapi tengok orang lain pakai macam elok je
so tolak tepi dulu

so yang tinggal apple dengan Samsung je lah
apple tak pernah masuk senarai
tapi since iPhone 11 tu nampak macam murah 
macam berkenan pulak
tapi
benda yang aku complain pasal iPhone 11 ialah

screen lcd hanya 720p
tapi tak teruk sangat pun
selama ni aku tengok youtube pun 720p jugak

tiada telephoto lens whatever that means la kan
tapi aku bukannya selalu ambik gambar sangat puuuuunnnnn!!!!!!!

kamera tiada pro mode
nak kena pukul ke ni
aku bukannya selalu ambik gambar guna pro mode puuuuuunnnnnn!!!!

susah nak connect dengan laptop
tapi nak buat apa connect dengan laptop??

tiada fast charging atau pun kena beli fast charging asing
ni takda tapi

habis tu kenapa sebab nak iPhone?

sebab dia iPhone la kan
aku pun nak try something yang baru jugak
and iPhone take better auto mode picture la kan

the thing about iPhone ialah
its just nice
tak lebih tak kurang
kena kompromi sana sini
tapi kompromi tu sesuatu yang tak penting sangat pun
but sure its nice to have la kan
tapi
its an iphone

and now
yang tinggal Samsung 
just that eiiy Samsung lagi
bosan dah

Samsung ni 
semua benda aku bagi B lah kan
takda yang dia excel
and takda yang dia teruk
kalau aku nak complain pun
bateri tak tahan lama
kalau ikut penggunaan aku
kalau nak tahan sehari tu
kena jimat-jimat sikit guna bateri

tahun 2019 ada Samsung S10
dah ok je
tapi rumors mengatakan Samsung S20 nanti
akan upgrade hardware baru
tapi dengar cerita S20 ni akan lagi mahal dari iphone
haaaiiihhh
so 
phone yang aku tunggu-tunggu
Samsung S20
please be nice

btw 
hari ni memang hari kalah je keeeee

4 game kalah berturut turut
rasa macam dah 194 minit 4 saat wasted
astaghfirullah